Friday 25 May 2012

Ibu...Mencurah Kasih Tanpa Batasan

Nilai kasih sayang dalam Islam amat ditekankan dalam pendidikan umat kerana ia merupakan salah satu cabang keindahan Islam sebagai satu sistem kehidupan cemerlang. Bahkan, kasih sayang yang dicurahkan kena pada tempat dan masanya, juga menjanjikan perkembangan yang harmoni dalam diri manusia bergelar Muslim seandainya dibimbing secara tepat. Dalam menyentuh konsep ini, kita tidak dapat meleraikan ikatan kukuh antara ibu dan kasih sayang. Malah dunia moden hari ini amat galak meraikan apa yang disebut sebagai Hari Ibu pada bulan Mei saban tahun.

Pada waktu ini anak-anak mengambil peluang menghubungi atau menziarahi ibu mereka untuk meluangkan masa sebagai tanda penghargaan, malah pada masa yang sama keikhlasan anak-anak ini dijadikan peluang untuk dimanipulasikan oleh golongan peniaga dengan kenaikan harga cenderahati dan hadiah buat ibu sebagaimana yang kita lihat sepanjang minggu sebelum dan selepas perayaan ini.

Sejarah memperlihatkan Hari Ibu berdiri di atas beberapa peristiwa penting dalam sejarah manusia. Pertama, perayaan ini timbul pada waktu empayar Roman purba. Penghormatan terawal sambutan orang Greek yang berlangsung pada musim bunga setiap tahun itu, asalnya ditujukan kepada Dewi Rhea, yang dianggap ibu kepada tuhan. Orang Roman purba menyambut Hari Ibu untuk memberi penghormatan kepada Cybele iaitu Tuhan Ibu yang perkasa (The Great Mother of God).

Orang Kristian pula menyambut Hari Ibu ketika perayaan Lent (40 hari sebelum perayaan Easter), iaitu pada Ahad keempat sebagai tanda penghormatan kepada Mary, ibu kepada Christ. Di England, hari cuti itu dinamakan sebagai Mothering Sunday dan diperluaskan merangkumi semua ibu.

Di Amerika Syarikat, sejarah Hari Ibu bermula apabila seorang wanita bernama Anna Jarvis (the mother of Mothers Day) berusaha gigih untuk membantu golongan miskin dalam masyarakatnya. Beliau berasa hari itu adalah hari terbaik untuk disambut bagi menghargai ibu dan menamakannya sebagai Mothers Work Day.

Dengan erti kata lain asal-usul sambutan Hari Ibu berkait rapat dengan akidah serta situasi dalam jangka masa dan ruang lingkup yang berbeza. Bagi dunia Barat hari ini, perayaan tersebut sangat penting dalam menghadapi keruntuhan institusi kekeluargaan, lebih-lebih lagi hilangnya rasa hormat terhadap mereka yang bergelar ibu.

Ibu menjadi simbol kasih sayang dalam kehidupan berkeluarga, malahan diterjemahkan kecantikan Islam dengan sumbangan mereka yang dihargai tanpa batasan hari atau perayaan tertentu.

Saban hari, setiap dua puluh empat jam kitaran waktu menjadi detik-detik penting buat umat Islam memperingati jasa serta pengorbanan mereka sejajar dengan kehendak Islam. Dengan menyelak kembali helaian demi helaian al-Quran, Muslim dan bukan Islam sekalipun akan merasa ketakjuban melihatkan kedudukan seorang ibu diangkat tinggi oleh Allah s.w.t.

Ini dapat dilihat melalui penghormatan yang diberikan oleh Allah kepada Mariam, ibu kepada Nabi Isa a.s. yang mana tidak akan ditemui nilai kedudukan yang sama tercatat di mana-mana kitab sekalipun. Kita mendapati nama wanita mulia ini dicatatkan sebaris dengan nama-nama surah yang lain dan Mariam turut dikhabarkan oleh Allah sebagai:

``Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika malaikat berkata: Wahai Mariam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu dan mensucikanmu dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi perempuan-perempuan seluruh alam (yang sezaman denganmu). (Ali Imran: 42)

Mereka yang bergelar ibu jualah telah melahirkan barisan anbiya yang membawa kepada perubahan sosial serta pemikiran umat pada zaman mereka hinggalah kehadiran Rasulullah s.a.w.

Lihatlah bagaimana seorang wanita bernama Aminah menjadi ibu kepada Nabi Muhammad s.a.w., mengasuh dan mendidik anaknya pada waktu kecil dengan sentuhan emosi ketika insan mulia ini ketiadaan seorang bapa untuk berkasih sayang.

Renungilah bagaimana ibu Musa a.s. melakukan pengorbanan terbesar dengan merelakan anaknya dihanyutkan ke sungai demi menyelamatkan nyawa anak kecil itu daripada menjadi korban nyawa tentera Firaun ketika itu. Begitu jualah Sumaiyah dengan ketabahan merelakan diri dan keluarganya dizalimi kerana mempertahankan kebenaran Islam dan ini menunjukkan kekuatan semangat dalam jiwa seorang ibu dan mujahidah.

Membina generasi

Sehingga hari ini, seorang bergelar ibu masih berperanan dalam membina generasi yang bertamadun serta menyumbang kepada masyarakat dan agama. Inilah mukadimah penulisan Syed Qutb di dalam bukunya Taswir al Fanni fil Quran sebagai menghargai jasa ibunya, Fatimah Hussain Usman yang sangat menginginkan beliau menjadi pemuda yang berjiwa besar dan seorang penghafaz al-Quran. Antara kata-kata beliau:

``Wahai  ibuku, daripada anak muda kesayanganmu ingin kupersembahkan kepadamu ibu hadiah atas penat jerih dan susah payahmu dengan didikan ilmu serta pengalaman. (Milestones:S.Badrul Hassan)

Peranan seorang ibu tidak akan luput dengan kehendak dunia material hari ini. Malah pada saat-saat ini, mereka masih diperlukan untuk memberi sokongan emosi serta kasih sayang buat anak-anak bergelar remaja yang sentiasa dilanda konflik serta bebanan masalah. Umur mereka yang semakin lanjut tidak bermakna mereka tidak berkepentingan lagi dalam kehidupan. Pada saat-saat ini, ibu dan anak saling memerlukan tetapi amat malang keadaan ini sudah jarang-jarang diberi perhatian.

Keistimewaan ibu kadangkala di luar jangkauan pemikiran kita. Bayangkan seorang ibu mampu melahirkan anak-anak yang ramai meskipun dihimpit kemelut kemiskinan, tetapi dari masa ke masa anak-anak ini membesar dan berjaya menjadi insan berguna, malah kedudukan mereka lebih baik dan harta mereka lebih banyak berbanding kehidupan ibu mereka.

Seorang ibu yang kurang ilmu akademik dan ada yang tidak tahu membaca, masih mampu membentuk anak-anak yang bergelar pemikir di kalangan kita. Ujian Tuhan dengan kehilangan anak sentiasa disambut dengan rasa redha dan baik sangka terhadap Allah, Kekuatan apakah yang mereka miliki sehinggakan mereka berjaya membuahkan hasil yang hebat? Tidak lain tidak bukan, keikhlasan, ketabahan dan keyakinan kepada Tuhan.

Peranan seorang ibu selain daripada membimbing jiwa dan roh anak-anak, turut berperanan sebagai isteri, anak dan saudara. Hak seorang ibu yang bertindak sebagai isteri perlu dipenuhi kerana inilah peringatan Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 233:

``Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya.

Jelas kini, dengan terhimpunnya segenap jenis tanggungjawab dan peranan ke bahunya, Islam tidak mengetepikan sumbangan serta kesabaran yang tersemat dalam jiwa dan minda seorang ibu.

Anak-anak wajar memainkan peranan besar dalam kehidupan mereka tidak sekadar dengan menghulurkan wang saban bulan tetapi menjadikan kesempatan ini menziarahi, bermanja mesra dan menyenangkan hati seorang ibu pada waktu hayatnya. Berdoa, itulah salah satu sumbangan seorang anak untuk mendapat keberkatan di dunia dan akhirat. Sama ada pada waktu hidupnya mahupun ketiadaannya, doa adalah pengikat hubungan serta simbol tanggungjawab yang perlu dipenuhi. Disebutkan oleh Allah:

``Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: ``Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku daripada orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).

Mencium dahi dan tangan mereka mungkin dipandang remeh, tetapi apabila ia dilakukan saban hari akan mengalir satu perasaan hormat, sikap menghargai serta kasih antara anak dan ibu. Adakah satu kerugian andainya seorang yang masih mempunyai ibu melakukannya saban hari sebelum ke tempat kerja atau pusat pengajian? Sampai bilakah perlu kita menunggu untuk melakukan? Inilah peluang daripada Allah untuk kita mencari sekelumit keberkatan dan doa ibu dalam waktu mencari-cari pahala sebagai bekalan. Itulah nilai seorang ibu, hanya seorang sahaja di dunia.

Kisah Susu Ibu

Haaa... .ni kisah benar dan menarik nih! Baik korang semua baca ! Citer dia camni ... ..

Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak pompuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut ! Ni kes berebut anak lelaki le... . Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut. Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut. Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut! Maka doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran. Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari mesir. Maka ulama dari mesir tu tanya le apa masalahnya. Setelah diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut tersenyum. Korang nak tau tak, apa yang dia suruh buat ? Alah... bukannya suruh potong dua cam dalam citer melayu lama tuh ! Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya! Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut.

So, setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut. Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut ! Maka doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan 'harta', maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan!

Hebatkan kuasa Allah....selesai masalah ibu tersebut yang berebut anak lelaki...

TIPS bagi PENJAGAAN PAKAIAN




Gula-gula Getah Melekat Pada Pakaian
 Letakkan pakaian tadi dalam peti sejuk beberapa jam. Kemudian keluarkannya. Basuh seperti biasa dan anda akan dapati gula-gula getah mudah ditanggalkan dari pakaian.


Pakaian... Terkena Dakwat
1. Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.
2. Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.
3. Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.



Pakaian Terkena Karat
Potong dua biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.


Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian
Sapukan sedikit kapur makan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci seperti biasa.


Pakaian Terkena Cat
Rendamkan pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan ia selama beberapa jam. Kemudian basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.


Membersihkan Tekat Benang Emas
Sulaman daripada benang emas amat sukar dibersihkan. Untuk mengatasinya, taburkan sedikit serbuk soda bikarbonat. Kemudian gosoklah perlahan-lahan.


Memutihkan Kain
Kain putih yang lama disimpan akan menampakkan warna yang kusam dan tidak berseri. Cara untuk mengembalikan serinya ialah dengan cara :-

1. Bakar pelepah kelapa sehingga menjadi abu.
2. Campurkan dengan air.
3. Masukkan sabun dan rendamkan kain tersebut semalaman.
4. Kemudian cuci kain tersebut seperti biasa.

SELAMAT MENCUBA PETUA-PETUA DI ATAS...

Trend 'Taqrabu Az-Zina' Sebelum Pernikahan

Anologi Nyamuk dan Harimau. Bayangkan seekor harimau dengan ganasnya menerkam masuk ke dalam rumah kita. Aummm!!!

Gigi-giginya menyeringai. Kuku-kukunya tajam mencengkam. Lalu, apa yang terjadi? Sudah tentu ada di antara kita yang bertempiaran lari, menjerit, bertakbir, menyorok di bawah katil, mengunci diri di dalam bilik mandi dan ada juga yang pengsan terus.
Bayangkan pula seekor nyamuk terbang masuk ke dalam rumah kita.

Nggg!!!

Apa yang terjadi? Hmm, ia terbang bebas ke hulu, ke hilir. Ramai yang buat tidak hairan sahaja. Apalah yang perlu ditakutkan pada seekor nyamuk, hati berbisik. Cuma seekor.
Selalunya begitu, semua orang takut kepada perkara yang besar kerana ia kelihatan berbahaya namun tidak takut kepada perkara yang kecil. Sedangkan, jika ingin dibandingkan nisbah orang yang mati dibaham harimau dengan orang yang mati digigit nyamuk, mana lebih ramai?
Bandingan mudahnya, berapa kali setahun secara anggarannya akhbar memaparkan berita tentang orang yang menjadi mangsa Pak Belang?

Berapa kali pula dilaporkan berita tentang penyakit demam denggi, demam malaria, Japanese Encephalitis, kaki untut dan sebagainya yang semuanya berpunca daripada gigitan nyamuk?
Begitulah analogi yang boleh dikaitkan dengan fenomena zina pada hari ini. Semua orang takut dan benci berzina. Ia dianggap perkara besar dan berbahaya.

Namun ramai orang yang tidak takut pada perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina. Ia sering dianggap kecil dan dipandang remeh. Tiada sensitiviti untuk berhati-hati dengannya. Akibatnya, yang kecil ini membawa kepada kemusnahan besar dalam hidup seseorang.
Setiap dosa besar bermula daripada dosa kecil. Setiap jenayah anggota bermula daripada dosa hati.

Tidak hairanlah Rasulullah SAW dan generasi salafussoleh amat berhati-hati menjaga hati dengan memperbanyakkan istighfar setiap hari meskipun mereka bukanlah ahli dosa.
Dari al-Agharr bin Yasar al-Muzani radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Wahai sekalian manusia, bertaubat dan minta ampunlah (istighfar) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, sesungguhnya aku meminta ampun kepada Allah seratus kali setiap hari." (HR. Muslim)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah manusia yang senantiasa bertaubat beristighfar kepada Allah, hal ini sebagaimana hadits di atas dan juga hadits berikut ini.

"Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, dia berkata, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:"Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih dari 70 kali."(HR.Bukhari)

Tidak hairanlah al-Quran menyuruh berawas pada perkara yang dianggap kecil itu. Firman Allah SWT, "Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya ia adalah keji dan seburuk-buruk jalan."
(Surah al-Isra': 32).

Nyamuk-nyamuk Ikhtilat

Sms tanpa urusan, call tanpa urusan, dating tanpa mahram, chatting tanpa urusan dan bermacam-macam lagi bentuk fitnah komunikasi tanpa urusan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah antara jalan-jalan menghampiri zina. Ia ibarat nyamuk-nyamuk ikhtilat yang boleh menjunamkan seseorang kepada penyakit berbahaya.

Teknologi tidak salah. Tapi manusialah yang suka menggunakannya dengan tujuan yang salah. Berurusan atau bermuamalat dengan lawan jenis menggunakan teknologi-teknologi ini bukannya salah. Tapi manusia suka menggunakannya untuk bergaul bebas atau berikhtilat.



Apa itu ikhtilat?

Ikhtilath ada maksudnya dari segi bahasa dan istilah. Dalam Bahasa Arab, ikhtilath sering dirujuk sebagai sesuatu yang negatif. Seperti perkataan khalwat umumnya difahami sebagai sesuatu yang negatif.

Sedangkan dari segi bahawa ikhtilat dan khalwat boleh membawa maksud yang negatif dan positif.
Ikhtilat di sini bermaksud pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa urusan. Asal pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram.

Namun jika atas dasar urusan dan kerja, maka interaksi antara lelaki dan perempuan bukan mahram menjadi harus. Ia kurang disebut sebagai ikhtilat (walaupun dari segi bahasa sebenarnya boleh juga disebut ikhtilat yang dibenarkan) sebaliknya disebutmuamalat. Kaedah syarak tentang asal hukum muamalat adalah harus iaitu al-aslu fil muamalat mubah.
Ada banyak urusan. Urusan jual beli, kerja, persatuan, pelajaran, khidmat kaunseling, dan sebagainya. Semua ini urusan. Ianya harus. Namun, ianya bergantung juga pada niat hati masing-masing.

Ini disokong pula oleh kaedah syarak yang menyebut, al-darurah tubiihul mahzurat bermaksud darurat membolehkan apa yang dilarang. Urusan antara lelaki dan perempuan pada hari ini tidak dapat dinafikan adalah suatu keperluan atau disebut darurat.
Namun, pembolehan ini tidak dilepaskan sebebas-bebasnya, sebaliknya, ada adab,akhlak dan batasan yang memagarinya. Kaedah syarak yang lain menyebut, al-dorurah tuqaddar biqadariha bermaksud darurat diukur dengan kadarnya.

Masalahnya, ramai orang yang menjadikan urusan satu alasan untuk menghalalkan ikhtilat yang terlarang.Call, sms, dating, chatting berbaur peribadi yang diselit dicelah-celah urusan kian membarah sebagai budaya. Sekadar ingin bertanya,
Dah makan ke?
Tengah buat apa tu?
Esok nak pakai baju warna apa?
Dah tidur ke?
Adakah ini dikatakan urusan? Manusia tidak berhak menghukum hati sesiapa, bertanyalah sendiri kepada Pencipta hati masing-masing. Mungkin benar adanya urusan di sebalik pertanyaan-pertanyaan seperti ini bergantung kepada niat. Wallahua'lam. Kita hanya melihat luaran, Allah lebih tahu maksud dalaman.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan urusan?
Urusan adalah sesuatu yang apabila kita bentangkan depan Allah SWT, kita yakin kita mampu jawab dan berhujah depan Allah bahawa ia adalah urusan, maka itulah yang dinamakan urusan. Jika hati masih berasa was-was samada ia suatu urusan atau tidak, maka berawaslah.
Sabda Rasulullah SAW,

Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda: "Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya.
(Hadis riwayat al-lmam Muslim)

Dan daripada Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu. Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu. (Hadis Hasan riwayat al-lmam Ahmad dan al-Daarimie dengan isnad yang baik).


Cinta Fitnah

Cinta yang asalnya suci dan bersih di hati setiap insan boleh tercemar apabila disalurkan dengan jalan-jalan yang mendekati zina. Berkata Prof. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi apabila ditanya tentang bercinta sebelum bernikah, "Saya ingin tegaskan kembali apa yang selalu saya katakan, saya tidak memuji apa yang dilaungkan segolongan orang tentang pentingnya bercinta sebelum bernikah, kerana cara seperti ini dikhuatirkan berbahaya dan syubhat." (Rujuk buku Wanita dalam Fikih al-Qaradhawi).

Katanya lagi, "Banyak orang yang memulakan cara bercinta dengan cara yang tidak benar, seperti berpacaran melalui percakapan telefon dengan bicara yang sia-sia. Ia seringkali dilakukan oleh anak-anak muda ketika menikmati waktu kosong atau bosan. Berpacaran melalui telefon ini kadang-kadang disambut oleh remaja puteri, dan ini biasanya yang sering terjadi dalam keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik oleh remaja putera mahupun remaja puteri. Awalnya memang cuba-cuba tapi kemudiaannya ketagihan. Awalnya bercanda tetapi akhirnya serius."
Menghampiri zina semakin menjadi trend muda-mudi malah orang dewasa sekalipun. Rasulullah SAW mengingatkan:

"Kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli."
(Riwayat Ahmad).

Soal cinta amat akrab dengan soal hati. Oleh sebab itulah hati perlu berada dalam keadaan sentiasa berhati-hati dengan memperbanyakkan istighfar. Bimbang rasa suka, cinta dan sayang yang suci itu terheret menjadi rasa ingin sms selalu, call selalu, jumpa selalu. Seterusnya, hati yang menjadi raja kepada jasad boleh mengarah anggota badan seperti lidah, tangan, kaki, mulut dan telinga, bertindak sesuatu secara salah. Ketika inilah fitrah menjadi fitnah.
Amat jarang kedengaran pergaulan antara lelaki dan perempuan bermula dengan perbuatan yang 'berat-berat' terus. Ia biasanya dimulai dengan yang 'ringan-ringan' dahulu atau yang disebut sebagai menghampiri zina.




Ingat pesan Nabi,

Mata itu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan),

Lisan itu berzina dan zinanya adalah bercakap (yang sia-sia, lucah dan sebagainya),

Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah (untuk bermaksiat),

Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul (untuk bermaksiat),

Hati itu berhawa dan berangan-angan,

Faraj membenarkan atau mendustakannya.

Dalam mengambil sikap berhati-hati menjaga hati, kita bukan sahaja takut hati asyik membayangkan persetubuhan luar nikah. Malah, jagalah hati daripada asyik membayangkan perkara-perkara yang menghampiri zina daripada sekecil-kecil perkara seperti berhubungan, berjumpa, berpelukan, bergeselan dan sebagainya. Jika terus dilayan, hati akan terheret jauh dan makin jauh. Anggota badan mula tidak keruan untuk bertindak tatkala menerima tekanan rajanya.

Remaja Yang Dikagumi Allah

Cinta fitnah yang tersalur dengan jalan-jalan menghampiri zina ini tidak ke mana. Orang yang memilih cara ini hanya memilih untuk disakiti dan dikecewakan samada di dunia atau di akhirat atau kedua-duanya sekali.
Allah SWT mengingatkan kita,

"Teman-teman kesayangan pada hari itu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa."

Sama-samalah menjadi remaja yang memelihara kesucian diri. Remaja yang membina kualiti fardu Muslim insya-Allah akan dianugerahi Allah dengan Baitul Muslim. Baitul Muslim ini akan mencorakkan satu generasi masa depan yang hebat untuk membina masyarakat Muslim seterusnya negara dan khilafah.
Sabda Rasulullah SAW,

"Allah merasa takjub kepada pemuda yang tiada baginya rindu yang cenderung kepada kebodohan.
(Riwayat Ahmad)



Sumber dikongsi dan dipetik daripada Ustazah Fatimah Syarha. Merupakan seorang penulis buku novel tauhid terkemuka di Malaysia. Beliau banyak menghasilkan novel tauhid yang laris di pasaran. 

Thursday 24 May 2012

Kisah Benar Dari Seseorang Yang Berkelana...

Alhamdulillah..

Syukur kepada Allah S.W.T kerana memberi nikmat hidup dan nikmat mampu untuk mengembara mencari langkah ke arah keredhaan Allah S.W.T..

Astaghfirullah..
Sesungguhnya Aidil merasa teramat hina di sisi Allah S.W.T, maka dirinya mencari bagaimanakah untuk kembali kepada Allah S.W.T di dalam golongan hamba Allah yang mulia dengan Iman di sisi-Nya, insya Allah..Aamiin Ya Rabbal Alamin..wallahua'lam..
Di dalam pencarian itu, Aidil telah dipilih oleh Allah S.W.T untuk mengembara di dalam satu perjalanan iaitu dari Johor ke Pulau Pinang, wallahua'lam.. Dengan niat di hati ingin memulakan satu penghijrahan baru untuk hidupnya...

                                                              (sekadar gambar hiasan)


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..
Maka, Aidil menyahut pengembaraan ini dengan berbekalkan ilmu dan pengetahuan yang teramat sedikit, ibarat pemuda yang berjalan di tengah malam dengan hanya memegang satu batang lilin dengan nyalaan yang begitu sedikit dan bila-bila masa bakal ditiup angin..

Segalanya, Aidil serahkan kepada Allah S.W.T kerana segalanya Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui, Allah Tuhan Yang Maha Kuasa..

Setelah tiba waktu yang ditetapkan iaitu pada malam sabtu, Aidil telah diizinkan oleh Allah S.W.T untuk menaiki sebuah bas ekspress di sebuah stesyen bas di Johor..
Namun, suatu peristiwa telah berlaku sebelum itu, yakni tiket bas ekspress telah jatuh ke dalam suatu longkang yang besar tiket tersebut hanyut di bawa arus deras..
Namun, segalanya milik Allah S.W.T..Dia yang menganugerahkannya, maka Aidil redha dengan segalanya kerana ia bukan milik Aidil...

Namun, Allah S.W.T mempermudahkannya jua iaitu Pemandu Bas membenarkan jua Aidil menumpang di Bas itu walaupun tiada tiket pada zahirnya..wallahua'lam..syukur kepada Allah S.W.T..

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..

Pada hati dan minda Aidil, "wallahua'lam, kejadian itu mungkin suatu kifarah kepada aku yang banyak dosa kepada Allah, Astaghfirullah.."

Bersangka baiklah kepada setiap ciptaan Allah S.W.T, sesungguhnya segalanya adanya hikmah, dan sesungguhnya hanya Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui..
Perjalanan Aidil tidak berhenti di situ, sebaliknya di dalam bas ekspress, Aidil duduk bersebelahan dengan seorang gadis yang mana tidak bertudung, namun Alhamdulillah, dia memakai baju kurung..
Ketika itu, apa yang bermain di mindanya hanyalah, "apakah perlu aku menukar tempat atau hanya berada di situ sahaja"..
Dan, akhirnya, Aidil memilih untuk berada di situ..
Aidil : "awak ni dari mana?". Aidil cuba bersuara supaya si gadis tidak berasa takut duduk bersebelahan dengannya...maklumlah perjalanan dari utara ke selatan memakan masa yang agak panjang.

Gadis : "sy dari .......(tempat study dirahsiakan), nak balik Penang"..

Aidil : "oh, awak ni malay ya?"

Gadis : "eh, awak ni, sy malay la, awk tak nampak ke sy ni malay?"

Aidil : "oh, maaf, sy tak dapat tengok"

Gadis : "kenapa pulak?"

Aidil : "entahlah, mata sy ni nak kena tengok depan je, tak tahu kenapa"

Gadis : "ait, kenapa macam tu pula? takkan mata awak sakit kot, kalau sakit, mesti dah balut"

Aidil : "kalau boleh pilih untuk balutnya, sy dah balutnya"

Gadis : "tak faham, maksud awk?"

Aidil : "ya lah, kalau balut, kan tak nampak pulak nak jalan, tapi tulah, kena tengok depan je lah"

Gadis : "pelik lah awk ni, kenapa awk tak tengok sy masa bercakap?"

Aidil : "awk cantik sangat, kan jatuh cinta pula sy nanti"

terdiam gadis tu..

Aidil tersenyum dan menyambung : "mata sy sihat aje awk, tapi sy risau, kalau sy tengok awk yang cantik ni sekarang, nanti mata sy jadi sakit"

Gadis : "maksud awk?"

Aidil tersenyum : "cuba awk ambil kain ni (kain sebar yang diletakkan atas bahu bagi golongan pondok) dan letak di atas kepala, aircond ni sejuk, tutup sikit muka, biar aircond tak kena"

Gadis itu masih bingung tetapi menurutnya..

Aidil tersenyum : "Alhamdulillah, macam ni baru tak sakit mata kalau terpandang awk, sebab tak nampak awk yang cantik ni"

Gadis itu terus terdiam dan memalingkan wajah dan jasadnya ke sisi bas..

lama berdiam diri..

kemudian, dia berkata : "apakah maksud awk, mata awk sakit kalau melihat rambut sy ni?"

Aidil tersenyum : "tidak, mata sy akan sakit bila melihat awk seluruhnya"

Gadis : "sy jadi tak faham balik, maksud awk apa sebenarnya?"

Aidil tersenyum : "mata sy sihat dan tak sakit bila melihat gadis atau wanita yang jadi isteri sy, ibu sy, adik-adik sy, kalau awk, kena tutup semua, kenapa? sebab awk halal untuk sy nikahkan"

Gadis : "oh.............."

Aidil terus menyambung : "baiklah, awk, sy bukanlah baik untuk tazkirah ke, ustaz ke, atau seumpamanya.. tetapi awk, cuba awk bayangkan..kalau rambut awk didedahkan sekarang, jadi nanti di akhirat kelak, rambut dah kena tutup pula..tetapi kalau rambut sekarang ditutup elok, nanti dapat dibuka dengan selamat di akhirat..tutup di akhirat tadi adalah tutup dengan kain yang dibakar api neraka..sy bukan nak takutkan awk, atau nak nasihat ke apa, tapi cuba bayangkan begitu, sy pun tak baik pun, jahat gak, mungkin lebih jahat dari awk"....dia diam aje.. sehinggalah sampai ke jambatan pulau pinang..sebelum sampai stesyn bas sungai nibong..

dia berkata : "terima kasih awak (sambil mahu membuka kain tadi)"

Aidil : "eh, jangan buka, awk ambil aje kain ni, hadiah dari sy, pakai selalu ya, insya Allah, nanti di akhirat, kepala sejuk aje, dan tutuplah seluruh jasad awak ya, kenapa? sebab awk cantik dan wanita adalah sangat istimewa sehinggakan perlu ditutup, dan keistimewaan yang mahal itu hanya boleh diberikan kepada orang tertentu sahaja seperti suami awk"

dia terdiam..

Sampai sahaja di Stesyen Bas sungai nibong..Aidil terus bangun dahulu dan meninggalkannya..

"ya Allah, kurniakanlah nur Iman dan nur Islam kepadanya, Aamiin Ya Rabb.."

Srikandi Islam Hebat - Ibu & Isteri pertama Nabi Muhammad SAW

Daku telah mengumpulkan sedikit sebanyak tentang sejarah tentang wanita-wanita agung Islam untuk dikongsikan...Daku akan himpunkan dalam blog ni tapi pada entri-entri berbeza supaya tak la jemu kita membaca... Hari ni yang diceritakan tentang ibu dan isteri Nabi kita Muhammad SAW yang pertama..

Saidatina Aminah Binti Wahab
Saidatina Aminah Binti Wahab adalah meupakan wanita agung yang telah mengandungkan nutfah yang mulia Saidina Muhammad Saw. Berketurunan Bani Asad Ibn Abd ‘Uzza. Telah dipertemukan Allah jodohnya dengan Abdullah Ibn Abdul Muttallib, pembesar Quraisy. Abdullah Ibn Abdul Mutallib adalah seorang pemuda yang kacak, diceritakan dicelah kedua kening beliau terpancarnya cahaya dengan cahaya nubuwwah sebagai petanda yang beliau bakal menjadi bapa kepada segala penghulu anbiya’.

Abdullah adalah anak yang paling disayangi oleh Abdul Muttallib. Tatkala sumpah ayahnya untuk menyembelih salah seorang anaknya sebagaimana lazim adat jahiliyyah pada ketika itu jatuh keatas Abdullah, lantas diganti dengan seratus ekor unta sebagai menggantikan nyawa Abdullah anak yang paling dikasihi.

Sesungguhnya Allah telah berfiman di dalam surah Ali-Imran yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibahim dan keluarga ‘Imran melebihi segala umat (di masa mereka masing-masing). (Sebagai satu keturunan yang sebahagiannya (keturunan) dari yang lain. Maha Mendengan lagi maha Mengetahui.
(ayat : 33&34 )


Saiditina Khadijah Binti Khuwailid
”Demi Allah! Dia (Khadijah) beriman kepadaku disaat orang-orang mengingkariku. Dia membenarkanku di saat semua orang mendustakanku. Dan dia membantuku dengan menginfakkan segenap hartanya ketika semua orang menahan hartanya dariku dan Allah telah mengurniakan beberapa orang zuriat dari rahimnya yang tidak aku perolehi dari isteri-isteriku yang lain”. [HR Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar].

Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin 'Abdil 'Uzza bin Qushay Al-Qurasyiyah Al-Asadiyah radhiyallahu'anha. Muslim manakah yang tidak pernah mendengar sebutan namanya?. Siapakah yang menyangka di saat itu, keharuman peribadinya kelak akan merebak di sepanjang sejarah Islam di dada setiap kaum Muslimin? Siapakah yang terfikir bahawa wanita mulia ini akan dikurniakan satu keutamaan yang amat besar yang tidak pernah diperolehi oleh sekalian hamba Allah sejak penciptaan insan? Siapakah yang menduga bahawa wanita cantik jelita ini akan mendampingi manusia yang paling agung dalam rentang awal perjalanan dakwahnya? Siapakah yang mampu meramal ketentuan Allah ini? Maha Suci Allah yang telah menciptakan dan mentakdirkan wanita mulia ini sebagai pendamping Nabi akhir zaman.

Beliaulah isteri, sekali gus wanita pertama yang beriman kepada Allah dan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam. Dianugerahi reputasi yang sungguh mulia, keturunan yang terhormat, peribadi yang luhur, perjalanan hidup yang istimewa, ketajaman daya fikir, semangat yang tinggi dan kalbu yang bening, nama Khadijah begitu harum di dalam sejarah Islam. Sebelumnya, beliau dikenali sebagai seorang wanita yang menjaga kehormatan dirinya sehingga digelar ath-Thahirah (wanita yang suci) .

Beliau seorang janda dari suaminya yang terdahulu, Abu Halah bin Zararah bin an-Nabbasy bin 'Ady at-Tamimi, kemudian berkahwin dengan 'Atiq bin 'A`idz bin 'Abdillah bin 'Umar bin Makhzum. Khadijah radhiallahu anha adalah wanita pedagang yang mulia dan banyak harta. Ternyata pekerjaannya itu telah menghantarkan kepada pertemuannya dengan manusia yang paling mulia. Saat dia kembali menjadi janda, seluruh pemuda Quraisy memasang angan-angan agar dapat menyuntingnya. Buah tutur Maisarah membeksa di hatinya tatkala berita kejujuran, amanah dan kebaikan akhlak seorang pemuda Quraisy dikhabarkan kepada beliau. Tersimpan keinginan yang kuat dalam dirinya untuk memperoleh kebaikan itu, hingga diutus seseorang untuk menemui Rasululllah Sallallahu alaihi wa Sallam dan menyampaikan hasratnya. Ditawarkan dirinya untuk dipersunting Muhammad Sallallahu alaihi wa Sallam, seorang pemuda yang saat itu berusia 25 tahun, miskin dan yatim piatu tetapi tersohor kerana luhur peribadinya. Wanita jelita itu memperoleh kembali belahan hatinya dalam usia 40 tahun. Tersurat peristiwa ini dalam sejarah 15 tahun sebelum Muhammad Sallallahu alaihi wa Sallam diangkat sebagai Nabi akhirulzaman.

Wanita mulia inilah menjadi perawat duka suaminya di saat penurunan al-Haq melalui perantaraan Jibril alaihi sallam yang menggoncang hati Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. “Aku khuatir akan terjadi sesuatu pada diriku”. Diselimutinya Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam sehingga beliau kembali tenang dan hilang rasa ketakutannya. Dengan tenang dan lembut, beliau yang mengalirkan tutur kata penuh hikmah dari lisannya lantas membiaskan ketenangan di dalam dada suaminya, “Demi Allah, Allah tidak akan menyusahkan dirimu selama-lamanya. Bergembira dan teguhkanlah hatimu. Sesungguhnya engkau seorang yang suka menyambung tali persaudaraan, suka menanggung beban orang (yang kurang bernasib baik), menghormati tetamu, memberikan sesuatu kepada orang yang tidak mampu, bercakap benar dan memberikan bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana”.

Sesungguhnya beliau telah menjalankan peranan politiknya dengan ketajaman dan kepekaan akalnya yang menjadikan beliau mampu untuk mencermati serta memahami dengan jelas masalah wahyu dan risalah yang diterima oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam, ”Terimalah khabar gembira dan teguhkanlah hatimu! Demi Zat yang diriku di tanganNya, sesungguhnya aku berharap engkau menjadi Nabi umat ini”. 

Perkhabaran dari Waraqah menjadikan beliau mampu memahami peranan yang bakal dipikul oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dengan turunnya wahyu tersebut.
”Khadijah, kalau engkau masih percaya kepadaku, sesungguhnya telah datang ”an-nams al-akbar” kepadanya. Dia adalah Nabi umat ini. Maka katakanlah kepadanya agar dia berteguh hati”.

Baginda bukan sahaja seorang suami, atau ayah kepada anak-anaknya, tetapi juga Utusan Allah dalam menyampaikan wahyu dan risalahNya untuk umat yang ada pada ketika itu sehinggalah ke hari kiamat.

Di sinilah titik mula kepada sebuah pengorbanan yang tiada surut dan gantinya. Beliau jugalah manusia pertama yang solat di belakang Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam bersama Saidina Ali radhiallahu anhu. Terus mengalir dukungan dan pertolongan dari beliau dalam menghadapi kaumnya. Beliaulah yang membantu Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dalam mengibarkan bendera Islam, tegar bersama Rasulullah sebagai angkatan pertama. Setiap kali beliau mendengar kata-kata kesat yang dilontarkan kepada suamninya, beliaulah yang setia di sisi baginda dan meringankan beban perasaan yang sangat berat ditanggung oleh kalbu manusia terpilih.

Bukan hanya itu sahaja kebaikan Khadijah radhialllahu anha. Beliau mengorbankan setiap harta yang dimiliki kepada suaminya. Bahkan, ketika Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam menampakkan rasa senangnya pada Zaid bin Haritsah, seorang hamba miliknya, beliau segera menghibahkan hamba itu kepada suaminya. Zaid diangkat sebagai orang yang sangat dekat di sisi Rasulullah dengan menjadi anak angkat baginda sendiri. Turut tercatat, Zaid memperolehi kemuliaan sebagai salah seorang dari saf pertama yang mengimani dakwah Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. 

Sebagai seorang isteri, beliau merupakan pendorong utama bagi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam untuk selalu giat berdakwah, bersemangat dan tidak kenal menyerah. Beliau juga selalu berusaha meringankan beban berat di bahu Rasulullah. Kebijakan, kesetiaan dan banyak lagi kebaikan Khadijah tidak pernah lepas dari ingatan baginda Rasul. Bahkan sehingga Khadijah meninggal dunia. Beliau benar-benar seorang isteri yang mendapat tempat tersendiri di dalam hati Nabi Allah ini. Betapa kasihnya baginda terhadap Khadijah sebagaimana di buktikan dari penceritaan Saidatina ‘Aisyah radhiallahu anha. 

“Belum pernah aku cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam sebagaimana cemburunya aku kepada Khadijah, padahal aku tidak pernah melihatnya. Tetapi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam selalu menyebut-nyebut namanya, bahkan adakalanya menyembelih kambing dan diberikannya kepada sahabat-sahabat Khadijah. Bahkan pernah aku berkata, “Bukankah Khadijah itu seorang wanita tua? Bukankah Allah sudah memberikan kepadamu pengganti, isteri yang lebih muda dan baik daripadanya?”. Lalu Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam menyebut, “Tidak! Demi Allah !Dia Subhanahu wa Ta’ala tidak memberikan seorang pengganti yang lebih baik daripadanya. Dia (Khadijah) telah beriman kepadaku pada saat orang-orang mengingkariku. Dia membenarkan ajaran yang aku bawa di saat orang-orang mendustakanku. Khadijah membantuku dengan menginfakkan segenap hartanya ketika orang-orang menahan hartanya dariku dan Allah mengurniakanku beberapa orang zuriat dari rahimnya yang tidak diberikan oleh isteri-isteri yang lain” . [HR. Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar].

Ummul Mukminin ini sentiasa berada di samping Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dan memberikan pembelaan terhadap baginda. Beliau juga bergabung bersama Rasulullah dan kaum Muslimin dalam memikul penderitaan lantaran sikap kaumnya yang mendustakan dan melecehkan dakwah baginda. Kesabaran dan keredhaan Khadijah dapat dilihat dengan jelas dalam siri hambatan terhadap dakwah Rasulullah, termasuklah dalam fasa pemboikotan terhadap Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib oleh orang-orang Quraisy yang selama ini menjadi pelindung kepada Rasulullah.

Ditakdirkan Allah Subhanahu wa Ta’ala, di usia 65 tahun iaitu 3 tahun sebelum Hijrah, Khadijah radhiallahu anha kembali kepadaNya di saat-saat dakwah melalui fasa genting yang bakal menentukan kelangsungannya. Pemergian beliau ditangisi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam, berlaku dalam selang waktu yang singkat selepas meninggalnya Abu Thalib, bapa saudara baginda. Sejak tahun kesedihan tersebut, hambatan-hambatan dakwah yang semakin getir dengan gangguan yang tidak putus-putus mula berani dilakukan oleh kaum kafir Musyrikin di Makkah. Sesungguhnya nama Khadijah tercatat di dalam sirah sebagai wanita pilihan sehingga namanya disebut-sebut di kalangan penduduk langit dan bumi. Kemuliaan itu telah diraihnya sejak masih ada di muka dunia. Tatkala Jibril Alaihi Sallam datang kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan mengatakan,
“Wahai Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. Ini dia Khadijah. Dia akan datang membawa bejana berisi makanan atau minuman. Bila ia datang kepadamu, sampaikanlah salam padanya dari Rabbnya dan dariku, dan sampaikan pula khabar gembira tentang rumah buatnya di dalam syurga dari mutiara, yang tak ada keributan di dalamnya, dan tidak pula keletihan”. Khadijah lantas menjawab salam itu dengan katanya:

“Allah Maha Penyelamat, daripada-Nya keselamatan dan kepada-Nya pula kembali keselamatan. Semoga keselamatan atas Malaikat Jibril.” [HR. Bukhari dalam Shahih Bukhari, Bab Perkahwinan Nabi SAW dengan Khadijah dan Keutamaannya, 1/539]

Wahai Muslimah yang dirahmati Allah! Sesungguhnya istana tersebut adalah jauh lebih baik dari pada gemerlapnya dunia fana yang telah memperdayakanmu. Dan ini adalah sebaik-baik khabar gembira dibandingkan dunia dan segala isinya. Tidakkah kalian ingin mendapatkannya pula?

Ya Allah! Betapa mulianya Khadijah binti Khuwailid, As-Sayyidah Ath-Thahirah. Seorang isteri yang setia dan tulus, mukminah mujahidah di jalan deenNya dengan seluruh apa yang dimilikinya dari perbendaharaan dunia. Semoga Allah memberikan balasan yang paling baik kerana jasa-jasanya terhadap Islam dan umat Islam seluruhnya.
 

“Menjadi Wanita Yang Paling Bahagia di Dunia"


Jika ingin menjadi wanita yang paling bahagia di dunia dan akhirat, maka katakanlah
 TIDAK
  • Bagi perbuatan yg dapat mensia-siakan umurmu, spt senang membalas dendam dan berselisih dengan perkara yang tidak ada kebaikan di dalamnya
  • Bagi sikap yg lebih mengutamakan harta benda dan mengumpulkannya, kurang arif menjaga kesihatanmu, kebahagiaanmu dan waktu istirehatmu
  • Bagi perangai yg suka mencari kesalahan orang lain,mengganjing aib org lain (ghibah) dan melupakan aib diri sendiri
  • Bagi perangai yg suka mabuk kepayang dengan kesenangan hawa nafsu, menuruti kehendak dan keinginannya
  • Bagi sikap yang suka menghabiskan waktu dgn melepak dan memboroskan waktu berjam2 utk bergurau dan bermain
  • Bagi perilaku yg acuh terhadap kebersihan dan keharuman tubuh serta masa bodoh dgn tmpt tinggal dan ketertiban kejiranan
  • Bagi setiap minuman yg haram rokok dan segala sesuatu yg kotor dan najis
  • Bagi sikap yg selalu mengingat2 kembali musibah yg telah berlalu pergi,bencana yg tlh terjadi atau kesalahan yg terlanjur dilakukan
  • Bagi perangai yg melupakan akhirat,yg lalai membekali diri dgn amal soleh dan yg lengah dari peringatan tentang ekdasyatannya
  • Bagi perangai membuang2 harta benda dalam perkara2 yg haram, berlaku boros dlm perkara2 yg mubah dan perilaku yg dapat memangkas perkara2 kataatan
  • YA
  • Untuk senyuman yg cantik, yg mengirimkan cinta dan mengutuskan kasih syg bg org lain

  • Untuk kata2 yg baik, yg membina persahabatan dan menghapuskan rasa benci

  • Untuk sedekahmu yg dikabulkan, yg membahagiakan org2 miskin, menyenangkan org fakir dan mengenyangkan org lapar

  • Untuk kesediaanmu duduk bersama A-Quran seraya membaca, merenungi dan mengamalkannya sambil bertaubat dan beristighfar

  • Untuk kesediaanmu berzikir, beristighfar, tenggelam dalam doa, dan sentiasa perbaiki taubatmu

  • Untuk usaha mendidik anak2mu dengan agama,sunnah dan nasihat yg bermanfaat bg mereka

  • Untuk malumu dan hijab yg diperintahkan Allah, krn itulah cara utk memelihara dan menjaga dirimu

  • Untuk pergaulanmu dgn wanita2 yg baik dan takut kepada Allah, mencintai agama dan menghormati nilai2nya 

  • Untuk baktimu terhadap ibu bapa, silaturrahim pada saudaramu, menghormati tetangga, dan berlemah lembut terhadap anak2 yatim

  • Untuk membaca sesuatu yg bermanfaat dgn menelaah buku yg menarik dan berfaedah, buku yg menyenangkan dan memberi ilmu

Dikutip dari buku “Menjadi Wanita Yang Paling Bahagia di Dunia”- Dr Aidh  al-Qarni

Kisah Sebiji Tembikai dan Seikhlas Kelapa Tua

Kisah Sebiji Tembikai

Pada suatu hari, seorang ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir.m. telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itupulang dan diberikan kepada isterinya.
Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk di makan, ternyata buah ternbikai itu tidak elok,maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu?
Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta buah tembikai itu?”Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu beli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.
Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.


Seikhlas Kelapa Tua

Kelapa tua. Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia. Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua tidak pernah menjadi topic perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua.
Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Dia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin.



Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokoknya sambil menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok macam
tu.



Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyinya berdentum sampai ke tanah. Waduh! Kalau calang-calang buah, boleh berkecai. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak.



Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyakkoyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk.Proses ini bukan sekadar sekali tetak. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya.Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal.



Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti ini. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Maka tersembur dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.



Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka selesailah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti.



Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang di bakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah
isinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.



Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau hendak dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian ia ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.



Setelah itu, minyak dipanaskan dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanasanlah santan itu hingga terkeluar minyaknya. Apabila sudah masak dan bau harumnya merebak ke seluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:



“Gulai apa tu? Sedap sangat baunya?”



Orang di dapur hanya menjawab, “Gulai ikan bawal.”
Gulai dapat nama. Ikan bawal dapat nama.



Orang kata, “Oh! Sedap gulai ni.”
“Oh! Sedap ikan bawal ni.”



Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tidak ada siapa yang ambil kira atau ambil peduli.Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan untuk dikenang atau untuk mendapat nama, tapi untuk ta’abbud kepada Tuhan. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak di mata orang, tapi ada dalam perhatian Tuhan!

Petunjuk JERAWAT Anda

Ada setengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah naik banyak-banyak di muka. Sampai ada yang sanggup tidak mahu keluar rumah bila muka berjerawat. Betul ke? Tapi jerawat tak boleh dibiarkan sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info dibawah.

Jerawat kat DAHI

Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.

Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

Jerawat kat HIDUNG

Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

Jerawat kat DAGU

Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Jerawat kat PIPI

Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)

Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

P/S: Tips untuk kulit sihat

Anda dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari. Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga membantu pelawasan.

Satu lagi ada doa untuk dikongsikan...

Thursday 17 May 2012

Hargailah Isteri Anda..

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya

4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya ‘Saya kasihan awak tersinggung’. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.

16. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

17. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

18. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

19. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

20. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

21. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

22. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

23. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

24. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

25. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya’. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.

26. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan ‘Aku cinta padamu’.

27. Katakan ‘Aku cinta padamu’ sekurang-kurangnya sekali sehari.

28. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

29. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

30. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.

31. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

32. Basuhkan kereta yang dipakainya.

33. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima’ jika itu yang dia suka.

34. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

35. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya.

36. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima’.

37. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

38. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

39. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.

40. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

41. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

42. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

43. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

44. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

45. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

46. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

47. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

48. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

49. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

50. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

51. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

52. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terlalu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

53. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti ‘Awak nampaknya gembira hari ini’ atau ‘Awak nampak letih’ dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

54. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

55. Solat bersama dan berdoa bersama.

56. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

57. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

58. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

59. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

60. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.

61. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

62. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

63. Bila dia memasak, pujilah masakannya.

64. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan ‘Betul kata awak’. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

65. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

66. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

67. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

68. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

69. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda. 70. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

71. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

72. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

73. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

74. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

75. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan."