Thursday 5 July 2012

Aqiqah

Apa itu Aqiqah?
Aqiqah adalah binatang yang disembelih pada hari ke 7 untuk seorang bayi yang dilahirkan. Pada asalnya perkataan ini digunakan dari sudut bahasa untuk makna rambut yang ada di atas kepala bayi yang dilahirkan. Masyarakat Arab kemudiannya menukarkan kepada nama binatang sembelihan yang dilakukan sewaktu mencukur rambut bayi berdasarkan kepada adat kebiasaan mereka yang suka menamakan sesuatu mengikut nama perkara yang menjadi sebab.

 
Hukum menjalankan

Ulama' Syafie mengatakan hukum melakukan aqiqah ini adalah sunat bagi mereka yang wajib membelanjakan nafkahnya dalam sesebuah keluarga. Bagi pendapat Ulama' Hanafi pula beliau mengatakan hukumnya adalah harus, ini kerana ibadah korban yang disyariatkan telah membatalkan semua bentuk sembelihan.

Jenis binatang sembelihan
 Para Ulama' sependapat mengatakan sifat binatang yang akan disembelih untuk aqiqah adalah sama seperti binatang yang mahu dijadikan korban yang terdiri dari kambing, biri-biri, kibasy, lembu, kerbau, unta dan semua jenis yang termasuk dalam kategorinya, sama ada ianya jantan ataupun betina, baik yang baka ataupun sudah dikasi. Adalah tidak sah melakukan penyembelihan selain dari binatang (an'am) ini.
Umur binatang sembelihan
 Ulama' Syafie mengatakan syarat umur binatang aqiqah bagi kambing, lembu dan kerbau ialah genap 2 tahun, memasuki umur 3 tahun. Kibasy genap setahun memasuki umur 2 tahun. Bagi unta berumur 5 tahun memasuki umur 6 tahun.

 
Sifat binatang Aqiqah
Sifat-sifat binatang aqiqah adalah sama seperti binatang koban iaitu mestilah seekor ternakan yang sihat tubuh badannya, dipilih dari yang paling baik dan gemuk serta banyak daging. Tiada apa-apa kecacatan pada binatang tersebut seperti tempang atau kudung kakinya. Tiada sebarang penyakit berjangkit atau gila. Tidak rabun, buta sebelah mata atau dua belah matanya, tidak terlalu kurus yang menyebabkan kurang daging dan lemaknya. Rasulullah bersabda, 'Empat perkara yang tidak harus ada pada binatang koraban iaitu kabur matanya, sakit yang teruk, tempang sehingga menonjolkan tulang rusuknya seta tidak bersangatan kurus sehingga tiada lemak langsung'. (H.R. Ahmad)
Bilangan binatang Aqiqah
Ulama' Syafie dan Hanbali berpendapat bilangan aqiqah untuk seorang anak lelaki adalah 2 bahagian ataupun 2 ekor kambing sedang bilangan aqiqah bagi anak perempuan pula cuma 1 bahagian ataupun seekor kambing. Sumber pendapat mereka adalah dari sebuah hadis yang diriwayatkan dari Aisyah, Rasulullah bersabda, 'Untuk seorang anak lelaki 2 ekor kambing yang sempurna dan untuk seorang anak perempuan pula hanyalah seekor kambing'. Bagi pendapat Imam Maliki pula beliau mengatakan memadai binatang aqiqah itu seekor sahaja sama ada untuk anak lelaki ataupun untuk anak perempuan.

Waktu sembelihan

Waktu sembelihan aqiqah dilakukan pada hari ke 7 selepas kelahiran seseorang bayi. Imam Syafie dan Hanbali menegaskan, jika sembelihan itu dilakukan di luar dari waktu itu sama ada sebelum 7 hari ataupun selepas dari 7 hari ianya tetap memadai dan tidak menjadi apa-apa kesalahan. Dalam hal ini Imam Hanbali menambah, sesuatu aqiqah itu tidak harus dilakukan oleh orang lain selain dari bapa. Demikian juga aqiqah tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak itu sendiri walaupun setelah ia dewasa dan berkemampuan, ini kerana ia telah disyariatkan ke atas seorang bapa.
Hukum daging aqiqah
Daging aqiqah adalah sunat dimasak dan dimakan oleh anggota keluarga dan juga untuk orang luar seperti mengadakan jamuan ataupun dibuat kenduri. Dalam masalah memecahkan tulang, Imam Syafie dan Hanbali berpendapat ianya tidaklah dihukum makruh kerana tidak terdapat sebarang dalil yang mensabitkannya tetapi ianya hendaklah dilakukan dengan cara yang berpada atau sekadar yang perlu sahaja dan janganlah sampai hancur atau berkecai terus akan tulang-tulang binatang aqiqah itu. Tujuan ini dilakukan adalah dengan harapan supaya anggota-anggota anak tersebut menjadi lebih kuat dan selamat dan ini juga berdasarkan kepada sebuah hadis dari Aisyah yang mengatakan, 'Mengikut sunnah bagi setiap anak lelaki dua ekor kambing yang elok dan untuk anak perempuan seekor kambing dimana ianya dimasak tanpa dipecahkan atau dipatahkan tulang-tulangnya serta dimakan, dijamu dan disedekahkan kepada orang ramai. Ini semua dilakukan pada hari ke 7'. Imam Ahmad pula mengatakan adalah harus kepala dan kulit binatang aqiqah dijual dan wangnya itu disedekahkan pula.
Amalan yg dituntut slps kelahiran bayi

1.Sunat bagi seorang bapa melafazkan azan ke telinga kanan bayinya dan iqomah pada telinga sebelah kirinya. Perbuatan ini pernah dilakukan oleh Rasulullah sewaktu menerima kehadiran cucu pertama dari puterinya Fatimah. Sebuah hadis dari Ibnu Abbas beliau menyebut, bahawa Rasulullah telah melakukan azan di telinga Hassan b. Ali pada hari ia dilahirkan dan Baginda juga melakukan iqomah pada telinga kirinya.

2.Sunat mentahniqkan dengan sesuatu yang manis ke mulut bayi seperti buah tamar, pisang dan sebagainya. Caranya ialah dengan mencalitkan atau meletakkan sebahagian kecil sahaja dari cebisan buah tersebut ke mulut bayi.

3.Sunat juga mengucapkan tahniah kepada mereka yang baru mendapat cahaya mata dengan menyebut, 'Semoga Allah memberikan keberkatanNya kepadamu dengan kurniaan ini dan bersyukurlah kepada Allah.

4.Sunat mencukur rambut di kepala bayi pada hari ke 7 dan menamakan bayi itu dengan nama-nama yang baik serta melakukan aqiqah untuknya. Berat rambut bayi yang dicukur ditimbang lalu dikeluarkan sedekah emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Rasulullah pernah mengarahkan kepada puterinya Fatimah dengan sabdanya,'Hendaklah engkau timbang rambut Hussain ini dan bersedekahlah dengan perak mengikut berat timbangannya'.

DOA

Doa adalah sebagai pelindung dan senjata kepada setiap orang mukmin dari godaan dan hasutan syaitan serta dari kejahatan manusia. Dengan berdoa akan mententeramkan jiwa kita, menjadi penawar dan penenang kepada hati yang bersedih. Firman Allah, 'Ketahuilah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang'. (surah Ar-Ra'du ayat 28).

Berdoa adalah ubat penyembuh bagi segala jenis penyakit yang ada pada diri manusia sama ada penyakit zahiriah mahupun penyakit batiniah. Doa merupakan tali penghubung di antara anak dengan kedua ibu bapa yang telah meninggal dunia maka doa dari anak-anaknya yang soleh amatlah dinantikan untuk mendoakan kesejahteraan mereka di dalam kubur. Bersabda Rasulullah, 'Apabila anak Adam meninggal dunia, maka putuslah semua amalannya melainkan 3 perkara iaitu, sedekah jariah, ilmu yang manfaat dan anak yang soleh yang (setiasa) mendoakannya'. (H.R.Bukhari dan Muslim).

Dengan berdoa Allah akan membukakan pintu rahmat-Nya kepada manusia. Bersabda Rasulullah, 'Doa itu adalah anak kunci kepada pintu rahmat'. (H.R.Ad-Dailami)

Doa yg cepat diperkenankan oleh Allah swt

1. Doa dari para Malaikat.
2. Doa dari para nabi dan rasul.
3. Doa dari raja, pemerintah atau pemimpin yang adil.
4. Doa dari orang yang soleh dan bertaqwa.
5. Doa kedua ibu bapa ke atas anak-anaknya.
6. Doa dari anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya.
7. Doa dari orang yang dizalimi atau dianiaya.
8. Doa dari orang yang berpuasa.
9. Doa dari orang tua dan kanak-kanak.
10. Doa dari orang yang sakit dan berada dalam kesusahan.
11. Doa dari orang yang keluar bermusafir pada perkara yang diharuskan oleh syara'.

 
Adab2 berdoa
1. Berdoa dalam keadaan diri masih berwuduk serta bersih dari sebarang kotoran, hadas dan najis.

2. Memulakan doa dengan membaca 'Bismillah' dan ucapan memuji-muji Allah serta berselawat ke atas Nabi Muhammad.

3. Mengadap ke Kiblat.

4. Memohon ampun dengan merendahkan diri serta mengakui akan kesalahan diri di atas dosa dan kesilapan yang telah dilakukan sebelum berdoa.

5. Berdoa dan memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh serta memahami segala isi kandungan dan maksud doa.

6. Berdoa dengan penuh khusyuk, tawaduk dan ikhlas serta merendahkan diri.

7. Mendahulukan doa dan permintaan untuk diri sendiri terlebih dahulu sebelum berdoa untuk mereka-mereka yang lain.

8. Berdoa dan mengulangi bacaan doanya sebanyak 3 kali bagi sesuatu hajat yang lebih berat atau yang lebih diutamakan.

9. Menghindari diri dari sesuatu yang ditegah dan dilarang oleh agama sama ada pada makanan, minuman, pakaian ataupun pekerjaan.

10. Berdoa untuk kaum muslimin dan muslimat secara seluruhnya untuk kesejahteraan mereka tidak kira yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

 
Waktu yang terbaik utk berdoa
1. Waktu sahur.
2. Waktu selepas azan.
3. Waktu 1/3 malam.
4. Waktu hujan lebat.
5. Waktu melihat Kaabah.
6. Waktu tawaf dan sa'ei.
7. Waktu setiap kali lepas sembahyang.
8. Waktu setiap kali lepas membaca al-Quran.
9. Waktu hampir untuk berbuka puasa.
10. Waktu berpuasa wajib atau puasa sunat.
11. Waktu di antara dua khutbah Jumaat.
12. Waktu di antara iqomah dan sembahyang.
13. Waktu berkumpul dalam majlis ilmu atau majlis zikir.
14. Waktu dalam kesedihan, kesusahan dan penderitaan.
15. Waktu semasa meminum air zam-zam.
Hari yang terbaik utk berdoa
1. Malam Jumaat dan waktu siangnya.
2. Malam Hari Raya dan watktu siangnya.
3. Malam Lailatul Qadar.
4. Malam Israk dan Mikraj.
5. Malam Nisfu Syaaban.
6. Malam pertama bulan Rejab.
7. Hari Arafah.

 
Bulan yg terbaik utk berdoa
1. Bulan Rejab.
2. Bulan Sya'aban.
3. Bulan Ramadhan.
4. Bulan Zulhijjah (Bulan Haji).


Tempat yg terbaik utk berdoa

1. Di rumah sendiri.
2. Di Multazam, Masjidil Haram.
3. Di telaga zam-zam, Masjidil Haram.
4. Di makam Nabi Ibrahim a.s.
5. Dalam Hijr Nabi Ismail a.s.
6. Di Bukit Safa dan Bukit Marwah.
7. Di raudhah Masjid Nabi iaitu Masjid Nabawi.
8. Di tempat-tempat mulia yang lain seperti masjid, surau dan rumah ibadah.
9. Dalam Masjidil Haram di kala melihat Ka'bah atau disisinya.
10. Di tempat-tempat wajib haji seperti di Mina, Muzdalifah, Arafah dan di tiga Jamrah.


Sebab doa tidak diperkenankan
1. Kita mengaku mengenali Allah tetapi tidak pernah menunaikan akan hak-hakNya dengan melaksanakan segala surahan-Nya serta meninggalkan segala larangan-Nya.

2. Kita mengakui menyintai Rasulullah tetapi tidak pernah sekali pun mengikuti sunnahnya.

3. Kita mengakui bahawasyaitan itu adalah musuh yang paling ketat tetapi masih patuh dan mengikuti segala hasutannya.

4. Kita sering membaca kitab suci Al-Quran tetapi tidak pernah mengamalkan segala isi kandungnya.

5. Kita sentiasa berdoa supaya dijauhkan dari seksaan api neraka tetapi dalam masa yang sama kita masih melakukan maksiat dan dosa.

6. Kita sering mengumpat dan mendedahkan keaiban saudara seagama kita tetapi tidak pernah melihat kepada keaiban sendiri.

7. Setiap hari kita mendapat nikmat dan rezeki yang Allah beri tetapi tidak pernah sekalipun mahu bersyukur dan berterima kasih kepada-Nya.

8. Kita mengiringi dan mengebumikan jeazah di perkuburan tetapi tidak pernah mahu mengambil iktibar dari kematian itu.

9. Kita tahu dan yakin bahawa kematian itu pasti berlaku tetapi tidak membuat persiapan untuk menuju ke sana.

10. Kita sentiasa berdoa supaya dimasukkan ke dalam syurga dan ditempatkan bersama orang-rorang soleh tetapi tidak pernah berusaha mendapatkannya.

Semoga kita sama-sama mendapat manfaat dari perkongsian ini.
Wallahualam..

Wednesday 4 July 2012

Berhutang: Roh Tergantung Antara Langit Dan Bumi

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud:

“Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskannya maka tergantung-gantunglah ia di antara langit dan bumi, yang bererti terseksalah roh itu hingga dibiarkan hutangnya itu”

Oleh itu, walaupun banyak amal ibadat kita, banyak sedekah kita, jika ada hutang yang tidak selesai walaupun satu sen pasti roh kita akan terseksa setelah kita mati.

Oleh itu, jika berhutang hendaklah ditulis dan beritahu kepada waris kita sebelum kita mati supaya waris kita dapat menyelesaikannya.

Seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 282:

“Wahai orang mukmin, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan cara berhutang (yang bertempoh) hingga ke ssuatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulisnya (kadarnya dan tempohnya) dan hendaklah ada jurutulis yang menulisnya dengan adil dan benar, dan janganlah seorang penulis itu enggan menulis/mencatit sebagaimana Allah telah ajarkan. Oleh itu hendaklah penulis itu mengikut yang merencanakan oleh pihak yang terlibat dengan penuh rasa taqwa kepada Allah Tuhannya dan janganlah dia mengurangkan sesuatupun dari jumlah atau kadar dan tempoh masa berhutang itu dimulakan hingga selesai dibayarkan balik dengan sempurna.”

Beribadah Dan Membaca Yasin 3 Kali Pada Malam Nisfu Syaaban

Apakah Hukum Membaca Yasin 3 Kali Pada Malam Nisfu Sya'ban ?

Jawapan dari Ustaz Abdul Kadir Al Jofree :

Sebagai menjawab persoalan yang diajukan, Nisfu Sya'ban biasanya dimaksudkan 15 Sya'ban. Malam nisfu Sya'ban pula adalah malam 15 Sya'ban (14hb siangnya, malamnya, dipanggil malam 15 ya).

Di negara Arab dan Nusantara, biasanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Sya'ban setiap satu dengan niat tersendiri, yang akan diajarkan oleh para guru. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya, memandangkan dilakukan oleh para Fuqaha' zaman berzaman dari dahulu lagi.

Perkara ini tidak dinisbahkan kepada Rasulullah sendiri. Akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadah tersebut tidak bertentang dengan syara' (samaada dilakukan bersendirian mahupun beramai-ramai itu sekadar satu teknik dakwah). Contohnya, zikir, doa, membaca Al-Quran, membuat kelas ilmu dan sebagainya.

Para ulamak kita di tempat lain (di Mesir, beberapa tempat di Saudi, Yaman, Siria, Nusantara, dan lain-lain) kebanyakannya tidak bersetuju dengan fatwa tersebut (Fatwa Dr Yusof Al Qardhawi yang menolak amalan Yasin 3 kali dan mengatakan ia adalah bid'ah yang diada-adakan). Oleh kerana itulah amalan beramai-ramai pada malam Nisfu Sya'ban ini dilakukan oleh para ULAMA' zaman berzaman di merata tempat sejak zaman salaf lagi.

Di bawah ana nukilkan tulisan Sidi Abu Muhammad pada menceritakan Nisfu Sya'ban dengan jelas dan adil ya...

Adapun kelebihan Malam Nishfu Sya'baan itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu'az bin Jabal radhiallahu 'anhu,

bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam yang maksudnya :

"Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nishfu Sya'baan, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan."
[ Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban]

Di Malam Nishfu Sya'baan juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Berkata Imam asy-Syafi'ie dalam kitabnya al-Umm:

"Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya 'Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nishfu Sya'baan."

Malam Nishfu Sya'baan merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kenyataan ini dapat direnung kepada hadis yang diriwayatkan oleh Mu'az bin Jabal radhiallahu 'anhu di atas.

Adapun cara menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidak berlaku pada zaman Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan zaman para sahabat. Akan tetapi ia berlaku pada zaman tabi'in dari penduduk Syam.

Menyebut al-Qasthalani dalam kitabnya al-Mawahib al-Ladunniyah,

Bahawa para tabi'in daripada penduduk Syam seperti Khalid bin Ma'dan dan Makhul, mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh pada Malam Nishfu Sya'baan. Maka dengan perbuatan mereka itu, mengikutlah orang ramai pada membesarkan malam tersebut.

Para tabi'in tersebut menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan dengan dua cara:

* Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam (qiamullail) untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.

* Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.

Ada pun cara kita sekarang ini menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan dengan membaca Al-Quran seperti membaca surah Yaasiin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabi'in itu.

Berhubung dengan persoalan sholat khas Nishfu Sya'baan, maka berlaku khilaf antara ulama kita, ada yang mensabitkannya seperti Hujjatul Islam al-Ghazali dan ada yang memandangnya sebagai bid'ah yang keji. Khilaf berlaku pada pengkhususan sholat yakni memandang adanya satu sholat khusus malam tersebut seperti tarawih atau sholat hari raya. Untuk keluar dari khilaf bagi sesiapa yang hendak bersholat, maka lakukanlah sholat-sholat sunnat seperti sunat Awwabin (di antara waktu Maghrib dan Isya'), sembahyang tahajjud, akhirnya sembahyang witir atau sembahyang sunat muthlaq . Sembahyang sunat muthlaq ini boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja sama ada pada Malam Nishfu Sya'baan atau pada malam-malam yang lain.

Sedikit tambahan lagi:

Amalan-amalan ini merupakan teknik yang pelbagai dalam menyampaikan dakwah oleh para ulama silam yang amat pakar dalam menyampaikan dakwah mereka ke seluruh pelusuk dunia. Adapun teknik-teknik amalan yang dilakukan oleh sesetengah pihak bergantung kepada para ulamak yang mengajarkan dan kepada siapa diajarkan. Semuanya adalah dibenarkan selagi mana tidak melanggar syara'. Sama ada hendak solat sunnah, berzikir atau membaca Al-Quran bergantung kepada kemampuan individu.

Perkara-perkara ini tidak patut sama sekali diperselisihkan atau ditentang. Biarlah manusia lain ingin beramal sedayanya tanpa kita sibuk menutup jalan-jalan kebajikan ini. Apapun perkara ini adalah dalam batasan perselisihan yang dibenarkan oleh syara'. Berlapang dadalah jika pihak lain tidak bersetuju dengan kita, selagi mana menjaga akhlak Islam.

Malang sekali jika perkara-perkara besar dalam masyarakat tidak dihiraukan, tetapi kita lebih suka membicarakan adakah boleh melakukan amalan pada malam nisfu Sya'ban atau tidak. Tetapi, kita lebih risau jika digolongkan di kalangan mereka yang menentang apabila perbuatan makruf dilakukan, manakala apabila perbuatan mungkar dilakukan, duduk diam sahaja tidak diendahkan. Na'udzubillah min zalik. Inilah akibatnya jika tidak mempunyai kefahaman jitu dalam ikhtilaf serta ujub dengan diri sendiri dalam ilmu yang dimiliki.

Semoga kita sama-sama dapat menggarap kemuliaan malam Nisfu Sya'ban yang menjelang. Semoga Allah menggolongkan kita di kalangan mereka yang mendapat pengampunan dan rahmat-Nya pada malam tersebut. Amiin.

Wallahu A'lam

Bulan Syaaban Dan Malam Nisfu Syaaban

Bulan Syaaban muncul lagi. Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban. Masih ramai umat Islam di luar sana keliru dan musykil tentang amalan-amalan yang sepatutnya dikerjakan pada bulan Syaaban, dan terutamanya pada malam kelima belasnya. Sebelum itu, marilah kita sama-sama mendalami dan mengenali sedikit sebanyak info tentang bulan Syaaban ini.

PENGERTIAN SYAABAN

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Syaaban dimengertikan sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)
MALAM NISFU SYAABAN

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
“Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :
Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.
Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.
“Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).
FADHILAT BULAN SYAABAN
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
  • Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
  •  Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
 Kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.:
"Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
  •  Bertaubat
 Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:
"Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.”
Sabda Nabi s.a.w.: “Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani). Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya lagi: “Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.
PERISTIWA PENTING DI BULAN SYAABAN
Mengenali bulan Syaaban tanpa mengetahui peristiwa penting yang berlaku di bulan Syaaban terasa tidak lengkap. Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan Syaaban. Antaranya ialah malam Nisfu Syaaban, penukaran arah kiblat, dan peperangan bani Mustaliq.

Suami Yang Terlalu Banyak Menuntut

Kebanyakkan wanita yang telah berkahwin secara tidak langsung akan terlibat dengan sikap suami yang inginkan isterinya bersikap seperti keinginannya. Dengan kata lain, isteri perlu menurut segala kata-kata dan kehendak suami.

Suami yang memiliki kecenderungan menuntut kadangkala membolehkan isterinya untuk melakukan hobi atau kesenangannya, namun tetap dengan bersyarat, misalnya jangan terlalu lama, harus pulang tepat pada waktunya dan sebagainya. Kelakuan seperti ini merupakan gambaran dari seorang suami yang sebenarnya tidak rela jika isteri melakukan perkara kesukaannya. Selain tidak senang dengan kebebasan isterinya, baik bersosial dengan teman, suami yang terlalu banyak menuntut memiliki kemungkinan bahawa dia belum sepenuhnya percaya kepada isteri.

Seorang suami yang banyak menuntut adalah kerana pengaruh male chauvinisme, iaitu suatu keinginan dari seorang lelaki untuk kelihatan lebih baik daripada seorang perempuan. Setiap lelaki pada umumnya memiliki sikap ini, namun kadarnya adalah berbeza-beza pada setiap lelaki. Sikap terlalu banyak menuntut juga boleh disebabkan oleh gaya asuhan sejak dari kecil, contohnya sejak dari kecil dia terbiasa untuk bertanggungjawab terhadap adik-adiknya.

Suami yang terlalu menuntut bukanlah bererti seorang suami yang sempurna kerana seorang lelaki perfectionis menginginkan semuanya sempurna baik untuk diri sendiri mahupun dari pasanganya. Mereka lebih tergolong dalam mereka yang bersikap egois. Mereka selalu ingin dihargai daripada isterinya, membuatkan mereka lebih memikirkan diri sendiri daripada orang lain.

Kebanyakkan isteri yang memiliki suami jenis ini lebih bersikap mengalah dengan harapan agar rumahtangga akan kekal. Padahal, jika tuntutan suami terus berterusan dan semakin melampaui batas, dan isteri hanya boleh mengalah maka pernikahan anda boleh terancam dan kemungkinan terkandas ditengah jalan. Oleh itu, anda harus memperbetulkan tuntutan dari suami.

Jika tuntutan terlalu berat, nyatakan dari awal, jangan sampai tuntutan tersebut tetap dilaksanakan sementara anda menggerutu dibelakangnya. Jika tuntutan suami tidak masuk akal dan anda tetap melakukan tuntutan tersebut kerana percaya bahawa seorang isteri harus menuruti perintah suami agar menjadi isteri yang baik dan ibu yang mulia, maka kebaikan dan kemuliaan itu menjadi tidak beerti jika anda merasa letih dan tertekan.

Tuesday 3 July 2012

Membezakan kasih sayang punca anak derhaka

Oleh : Dr Juanda Jaya (Mufti Perlis)

Isteri Basyir bin Saad al-Anshari meminta suaminya supaya memberikan harta yang berharga kepada seorang anaknya yang bernama al-Nu’man bin Basyir RA. Dia menyuruh suaminya berjumpa Rasulullah SAW supaya baginda boleh menjadi saksi di atas pemberian sejumlah harta kepada anaknya itu. Maka Basyir pun mendatangi Rasulullah SAW, kemudian berkata: ”Wahai Rasulullah SAW, isteriku meminta supaya aku memberikan harta untuk anakku si polan dan aku mahu supaya kamu menjadi saksinya. Bersabda Rasulullah SAW yang maksudnya: ”Apakah anak-anakmu mempunyai saudara-saudara yang lain?” Basyir menjawab: Ada! Rasulullah bertanya lagi: Adakah semua mereka engkau berikan hamba sahaya seperti engkau berikan kepada anakmu yang itu? Jawab Basyir: Tidak! Rasulullah SAW bersabda: ”Perbuatan seperti itu adalah tidak patut dilakukan dan aku tidak boleh menjadi saksi, kecuali atas yang hak dan benar sahaja.” (Hadis riwayat Imam Muslim, Ahmad dan Abu Daud)
Di dalam sabda baginda SAW yang lain bermaksud: ”Bertakwalah kepada Allah dan berlaku adillah kepada anak-anak kamu.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tersebut di dalam kitab al-Mughni, diutamakan anak itu dalam pemberian kerana suatu pengkhususan seperti ada keperluan yang mendesak atau kerana ia mengidap penyakit seperti lumpuh, buta atau kerana tanggungan anak-anaknya ramai atau kerana masih menuntut ilmu dan sebagainya yang patut dikhususkan. Begitu pula dalam hal menahan pemberian kepada setengah-setengah anak kerana kefasikannya, atau kerana melakukan bid’ah atau menggunakan pemberian itu untuk bermaksiat kepada Allah Taala atau dia membantu orang lain melakukan maksiat. Maka menurut riwayat Imam Ahmad ia dibolehkan melakukan yang demikian.

Harta boleh merosakkan manusia, perkara ini amat diambil berat oleh baginda SAW di dalam mendidik anak. Islam merupakan al-Din yang sempurna ajarannya. Segala sesuatu yang berhubungan dengan hidup dan kehidupan ini diatur dan disusun mengikut landasan hukum dan ajaran agama yang syumul. Islam mengajarkan supaya seorang muslim merancang apabila mahu mendirikan bahtera rumahtangga. Diawali dengan pemilihan pasangan yang betul, yang menepati ciri-ciri iman dan amanah. Di samping persediaan diri dalam hal ilmu rumahtangga, bekalan ekonomi yang kukuh dan kemantapan emosi. Apabila dikurnia seorang anak sebagai cahayamata dan penenang jiwa maka sepasang suami isteri akan mengalami fasa yang baru dan lebih mencabar.

Agama juga mengatur gaya dan cara asuhan seorang muslim terhadap anak-anaknya. Sebagai bapa dan ibu yang beriman kita dituntut untuk berlaku adil kepada anak-anak. Supaya kehidupan berkeluarga terjaga dengan sikap saling menyayangi dan tidak timbul perselisihan di antara mereka. Kebahagiaan sejati adalah perasaan kasih sayang yang boleh dikongsi bersama keluarga, tiada kebencian, buruk sangka dan ketamakan harta yang merosakkan pertalian darah dan nyawa. Berapa ramai manusia yang tercari-cari kasih sayang, ketika hendak menutup mata barulah adik beradik kembali dihubungi, yang jauh mahu didekatkan dan yang berpecah ingin disatukan. Di situlah manusia menemukan kekayaan sejati, ketika kasih sayang seorang adik menutup mata, kakak yang mahu berpisah nyawa dari badan. Hilang segala kebencian dengan kemaafan dari nurani, kala itu harta benda rasa tak berharga. Sengketa yang dahulu berpunca dari harta musnah sudah dengan pertalian darah saudara sekandung. Tetapi jika demikian akhir ceritanya, sungguh menyayat hati, mengapa tidak dihindarkan persengketaan itu dan dicari punca sebenar ia terjadi?

Rasulullah SAW telah mengingatkan kita, berlaku adillah kepada anak-anakmu! Hati mereka akan disatukan oleh kasih sayang. Sesungguhnya salah satu punca kerenggangan hubungan anak-anak adalah sikap ibu bapa yang berat sebelah. Yang tua dilebihkan daripada yang muda, atau yang bongsu istimewa dari yang lain. Sungguh Nabi SAW menolak menjadi saksi ke atas Basyir yang mahu melebihkan seorang anaknya daripada yang lain.

Kasih sayang orang tua dan keadilan dalam pemberian harta ke atas anak-anak mereka adalah perkara yang dituntut oleh agama. Supaya tidak ada pemusuhan dan persengketaan pada akhirnya. Bukan hanya harta yang menjadi tumpuan perebutan bahkan perhatian dan cinta orang tua juga amat berharga bagi anak-anak. Ada kalanya kita melebihkan anak yang kaya daripada yang sederhana. Atau yang berjaya dalam karier sentiasa dipuji melambung-lambung di hadapan yang anak-anak yang gagal. Sungguh tidak adil bila ibu bapa membeza-bezakan anak walaupun dengan pujian dan penghargaan. Ada pula ibu bapa yang menyebut satu persatu pemberian anak yang kaya di hadapan anak yang kurang berkemampuan. Hal itu telah mendatangkan kemurungan dan rasa terkilan pada diri anak yang tidak dapat memberi lebih kepada orang tuanya.

Akhirnya kita sendiri yang membuat anak-anak menjauh dari sisi, anak-anak akan datang dan pergi mengikut keredaan hati ibu dan bapanya. Jika kita sebagai ibu bapa reda dengan apa saja keadaan mereka, mereka akan datang mencium tangan menagih sayang. Tetapi jika sindiran sahaja yang mereka dengar dari mulut ibu dan ayah. Siapakah yang sudi menemani di akhir usia nanti? Derhaka atau tidak mereka tetap darah daging kita, begitu cara kita membuat acuan begitu pula akan terjadi pada diri mereka nanti. Kertas yang putih itu pasti ada yang mencorakkannya hingga ia tak lagi putih.

Sesetengah adat orang Melayu Sarawak, kaum ibu sengaja menyimpan tali pusat bayi mereka yang telah kering. Disimpan dalam satu botol dan tidak boleh dipisahkan tali pusat anak-anak itu kesemuanya. Apabila ditanya maksud dan tujuan perbuatan itu, mereka percaya bahawa anak-anak akan rukun dan saling menyayangi hingga ke akhir hayat. Memang tak masuk di akal dan agama tidakpun mengajarkan perkara itu. Tetapi ia telah memberi satu pengajaran kepada kita bahawa orang-orang tua kita amat menitik beratkan kerukunan dalam mendidik anak-anak mereka.

Monday 2 July 2012

Konsep Masjid Dalam Rumahtangga

Seringkali kalau orang nak kahwin, disebut “nak membina masjid”. Ini menunjukkan persepsi bahawa membina rumahtangga itu punya maksud yang suci murni dan nilai yang tinggi hingga dikatakan sebagai membina masjid.

Selain tu, jom kita tengok perkaitan antara masjid dan rumah tangga:

1. Masjid dibina kerana Allah SWT dan bukan kerana niat yang lain. Begitulah dalam membina rumahtangga, tidak boleh dengan niat lain. Niat-niat yang tidak murni akan mengundang kemurkaan Allah SWT. Bila benda ni berlaku, macam mana rumah tangga nak tenteram?

2. Arah kiblat semua masjid adalah sama. Maknanya semua anggota keluarga mesti memiliki niat dan arah kehidupan yang sama iaitu mencari keredhaan Allah SWT melalui rumahtangga dan hidup berkeluarga. Barulah rumah tangga itu akan melahirkan orang-orang yang mudah sepakat, seia sekata, saling bekerjasama dan bertolong bantu.

3. Masjid adalah tempat membesarkan Allah SWT. Ertinya rumahtangga adalah medium anggota keluarga membesarkan Allah SWT. Bukan tempat membesarkan dunia, nafsu dan syaitan. Rumahtangga yang sering berkrisis selalunya berpunca kerana dalam diri masing-masing subur cinta dunia dan bertunjangkan nafsu.

4. Masjid adalah tempat ibadah dan bukan pasar yang riuh rendah tanpa haluan dan bukan juga arena konsert. Ini bukan bererti tiada kegembiraan dan gurau senda dalam rumahtangga. Namun semuanya berlaku dengan penuh adab sopan dan dalam suasana yang aman tenteram seolah-olah dalam suasana menjaga ibadah.
Seperti mana dalam masjid tiada maksiat, kemungkaran pertengkaran, kata nista, maki hamun, sumpah seranah, bertegang leher, maka begitulah suasana dalam rumah tangga.

5. Masjid adalah tempat berlakunya majlis ilmu, nasihat menasihati dan peringatan. Begitulah keadaan yang seharusnya berlaku dalam rumahtangga. Terutamanya suami, selaku ketua keluarga mesti mampu menjadi imam sembahyang, mengadakan majlis pengajian yang ringan-ringan terutama di bidang fardhu ain, membaca Al-Quran, dan mampu memberi tunjuk ajar dan peringatan kepada anggota keluarga.

6. Masjid adalah tempat manusia merendah diri, berkasih sayang, hormat menghormati dan saling bermaafan. Demikianlah sewajarnya terjadi dalam rumahtangga. Hidup dengan ketiadaan ego dan sombong, berkasih sayang, saling menghiburkan,Prihatin dan setia
7. Bangunan masjid itu merupakan gabungan pelbagai komponen dan bahan binaan. Gabungan yang lengkap itulah menjadikan sempurnanya sebuah masjid. Dalam konteks rumahtangga, ianya bukan setakat ikatan antara suami dan isteri saja. Dari ikatan ini terjalin hubungan antara keluarga kedua-dua pihak.
Seluruh ikatan kekeluargaan itu perlu dijaga agar kekal tidak terungkai bahkan kekal utuh. Begitu besarnya fungsi rumahtangga.
8. jika berlaku penceraian, ianya diibaratkan meruntuhkan masjid. Selain hilang peranan masjid, putus pula segala ikatan kekeluargaan antara dua pihak. Seolah-olah seluruh bangunan masjid itu runtuh.

Walaupun bercerai itu tidak berdosa, namun kesan negatif dari perceraian itu amat besar. Perceraian akan memberi kesan kepada retaknya ikatan dalam keluarga keseluruhannya. Kalau runtuh masjid maka tiada lagi tempat tumpuan masyarakat untuk melaksanakan berbagai aktiviti kepada Tuhan mahu pun sesama manusia, demikianlah juga sekiranya runtuh rumahtangga maka akan berlaku berbagai kepincangan dalam masyarakat.

9. Masjid amat dijaga kebersihan dan kesuciannya, sama ada kotoran yang zahir mahupon batin.Masing-masing berusaha mengawasi gerak hati agar tidak menjalar sifat mazmumah dan berusaha menyucikan hati sepanjang berada dalam masjid.

Sama juga fungsi rumahtangga. Tempat anggota keluarga membuang sifat mazmumah, sekaligus menyuburkan sifat-sifat mahmudah. Kalau setiap keluarga berbuat perkara yang serupa, maka kesannya anggota masyarakat terdiri daripada manusia yang aman damai.
dipetik dan diolah dari :
Shuib Sulaiman. Bahagiakah Rumah Tangga Anda? (2008) m/s : 36-40

DOA YANG DIZALIMI DAN DIANIAYAI SEGERA DIMAKBULKAN......

Bismillahirahmanirahim...

...
Bila kita menemui orang-orang yang sedang mengalami nasib sebagai orang yang dizalimi/diinaiyai rapati mereka dan ubatilah hati mereka........Jika dilihat kini seolah-olah ZALIM dan MENGINAIYA adalah perbuatan biasa dan adakalanya yang cetek serta buta ilmu hakiki menganggap ianya WAJIB pula ..maka tunggulah saat-saatmu .......

Jadi maka WAJIB pula ringankanlah tangan semampunya yang kita boleh membantu menolong orang yang sedang ditimpa kezaliman serta penginaiyaan oleh seseorang,perkumpulan mahupun apa-apapun yang lebih besar dari itu..!!!Ingat doa orang yang dizalimi tidak mengira kaum dan bangsa...Kita harus ingat, mereka yang terinaiya serta dizalimi doanya akan diangkat segera oleh ALLAH SWT(doanya segera makbul)

Pesan Rasulullah SAW kepada Muadz ketika akan mengutusnya untuk berdakwah ke Negeri Yaman:

“Takutlah kamu pada do’a orang yang dizalimi, kerana do’anya dan Allah tidak ada hijab.”Dalam erti yang lain, pesan Rasulullah SAW tersebut dituliskan: “Berhati-hatilah kamu terhadap do’a orang-orang yang di zalimi kerana tidak ada hijab antara Allah dan do’a orang yang di zalimi, do’anya akan naik ke langit seperti api”.(segera dimakbulkan insyaallah)

Makbulnya do’a orang yang dizalimi tersebut digambarkan dalam sebuah kisah yang kejadiannya terjadi pada zaman Khalifah Umar bin Khattab, dimana nasib orang yang menzalimi sama persis/terjadinya seperti apa dimohon oleh do’a orang yang dizaliminya tersebut...

Saat itu orang yang di zalimi berdo’a bahawa kebenaran ada pada dirinya (orang yang dizalimi), maka orang yang menzalimi itu pula akan menjadi buta dan mati ditanah yang telah dirampasnya sebagai tanah milik orang yang dizaliminya tersebut..,

Maka benarlah setelah do’a tersebut keluar dari mulut orang yang dizalimi, orang yang menzalimi menjadi buta, lalu jatuh terperosok ke dalam lubang pada tanah yang telah dirampasnya.., Masih banyak lagi kejadian nyata yang terjadi atas MAKBULnya do’a orang-orang yang dizalimi, mungkinkah diri kita sendiri yang pernah mengalaminya...???

Secara peribadi kepada yang pernah mengalaminya, bahkan saat kejadiannya terjadi hampir mereka tidak percaya pada apa yang terjadi setelah mereka panjatkan do’a mereka.., disaat itu mereka yang menzalimi akan kesal akan apa yang menimpa mereka jika kemudaratan yang timpakan keatas mereka.Bagi mereka yang dizalami pula, mungkin mereka juga akan bersedih keatas kejadian yang menimpa si penzalim tersebut,yakni atas sifat perasaan kasih jika ada...


contoh doa yang biasa kita dengar ;-

“Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, MAHA SUCI yang tahu isi hatiku dari diriku sendiri, Engkau tahu apa yang telah aku lakukan selama ini serta bakal apa akan aku perlakukan, maka tunjukkanlah keadilanMU atas ketidakadilan yang aku alami saat ini”.

yang mungkin jarang kita dengar;-

“Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, mohon selamatkan kehidupan dunia dan akhirat buat diriku yang aku sendiri zalimi serta mereka yang menzalimi diri mereka, Atas RAHMATMU...jadikan hari akhirat nanti agar aku dapat berkumpul bersama Rasulullah SAW , lapangkan dan berkatilah kehidupanku, mudahkanlah penghidupanku,permudahkan urusanku serta janganlah ENGKAU bebani diriku dengan apa yang tidak terdaya aku pikul.YA ALLAH.....MAHA SUCI yang MAHA PENGAMPUN.. berilah keampunan serta kerahmatan kepada mereka-mereka yang telah mendzalimiku secara mareka sengaja atau tidak sengaja....YA ALLAH berilah mereka taufik serta hidayah agar mereka tidak menjadi orang yang rugi dan mereka menyesali perbuatannya serta bertaubat dan beroleh ketenangan didunia dan akhirat... Aamiin. "


“Berbuat baiklah kamu kepada orang lain, sebagaimana ALLAH SWT telah banyak berbuat baik kepadamu”.

Yahya Schroder: Meninggalkan Kemewahan Kerana Memilih Islam

Bulan November tahun 2006, menjadi bulan bersejarah bagi remaja Jerman itu. Ini kerana pada usia 17 tahun, beliau mengucapkan dua kalimat syahadat dan menjadi seorang Muslim.

Bel...
iau memilih nama Yahya Schroder selepas memeluk Islam dan remaja Jerman itu kini berhijrah ke Postdam untuk menjaga keimanannya.

Sebelum memeluk Islam, Yahya menetap dengan ibu dan ayah tirinya di sebuah perkampungan kecil di Jerman. Beliau tinggal di rumah yang besar dengan dilengkapi kolam renang yang besar. Di dalam biliknya mempunyai televisyen dan play station .Yahya juga tidak pernah menghadapi masalah kewangan. Seperti remaja yyang lain, Yahya sering melepak bersama teman-temannya, meminum arak dan melakukan perkara yang merosakkannya.

Tetapi semua kenikmatan dunia itu harus beliau tinggalkan ketika beliau memutuskan untuk memeluk Islam. Setelah menjadi seorang mualaf, Yahya memutuskan untuk tinggal bersama ayahnya yang telah memeluk Islam sebelumnya, di Postdam berhampiran kota Berlin. Yahya mengaku tidak berasa tenang ketika tinggal bersama dengan ibu dan ayah tirinya walaupun kaya dan mengecapi kehidupan yang mewah.

"Saya mencari sesuatu di dalam hidup saya," katanya.


Yahya bersama rakan Muslimnya

Yahya mengenali komuniti Muslim di Postdam ketika berusia 16 tahun. Ayah kandungnya telah terlebih duhulu masuki Islam pada tahun 2001. Ketika itu, beliau sering melawat ayah kandungnya sebulan sekali dan sering mengikut ayahnya menghadiri perjumpaan dengan komuniti Muslim yang diadakan setiap hari Minggu.

Yahya amat tertarik dengan Islam dan ayahnya sedar akan perubahan anaknya itu. Ayahnya mengambil jalan tidak mahu membincangkan mengenai islam dengan anaknya ketika mereka sedang berdua-duaan. Ayah Yahya ingin anaknya itu belajar dari orang-orang yang mempunyai ilmu agama islam yang tinggi supaya Yahya memeluk Islam bukan sekadar ikut ikutan seperti yang dialami oleh ayahnya dahulu.

"Saya setuju dengan ayah dan saya mulai menghadiri perjumpaan setiap bulan dengan komuniti Muslim. Tetapi ketika itu terjadi peristiwa yang mengubah cara saya berfikir," ujar Yahya.

Beliau mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan pergi berenang bersama komuniti Muslim. Ketika ia melompat ke dalam kolam renang, kepalanya terhantuk di dasar kolam renang dan tulang punggungnya patah. Ayahnya membawa Yahya ke hospital dan doktor mengatakan sesuatu yang membuat hatinya tidak tenteram.

"Punggung kamu mengalami patah tulang yang parah, satu pergerakan yang salah, boleh melumpuhkan kamu," kata doktor.

Yahya harus menjalani pembedahan. Sebelum masuk ke tempat pembedahan, rakan Yahya di dalam komuniti Muslim bernama Ahmir memberi semangat kepada yahya, "Yahya, sekarang engkau berada di tangan Allah. Ini seperti naik rollercoaster. Sekarang engkau sedang berada dalam puncak kenikmatan di dalam perjalanan sebuah rollercoaster dan percayalah pada Allah."

Pembedahan berlangsung selama lima jam dan Yahya tersedar selepas tiga hari kemudian. "Saya tidak dapat menggerakan tangan kanan saya, tapi saya merasakan ketenangan dan sangat bahagia. Saya berkata kepada doktor bahawa saya tidak kisah dengan tangan kanan saya. Saya sudah sangat bahagia kerana Allah telah memberikan peluang untuk saya hidup," kata Yahya. Doktor mengatakan Yahya harus dirawat di hospital selama beberapa bulan. Namun Yahya cuma berada dua minggu di dalam hospital tersebut, kerana beliau berlatih dengan tekun untuk pulih.

"Alhamdulillah saya cuma dua minggu di hospital. Sekarang saya sudah boleh menggerakan tangan kanan saya. Kemalangan itu banyak mengubah keperibadian saya," akui Yahya.

"Saya dapat rasakan, ketika Allah menginginkan sesuatu itu terjadi, hidup seseorang boleh berubah sepenuhnya tanpa tertangguh satu saat pun. Oleh sebab itu, saya lebih menghargai kehidupan dan mulai berfikir tentang kehidupan saya dan Islam, tapi waktu itu saya masih tinggal di sebuah perkampungan kecil," cerita Yahya.

Keinginan Yahya untuk menjadi seorang Muslim makin kuat, sehinggakan dia berani untuk meninggalkan keluarganya di perkampungan itu.

Yahya berkata, "Saya meninggalkan ibu dan ayah tiri saya, meninggalkan gaya hidup saya yang mewah dan pergi ke Postdam, tinggal di apartmen kecil ayah kandung saya. Saya tak kekok untuk menggunakan dapur yang kecil. Saya juga cuma membawa sedikit pakaian, buku pelajaran dan beberapa CD."

"Kedengarannya seolah-olah saya kehilangan segalanya, tetapi saya sangat berasa tenang disini, sebahagia ketika saya kembali sihat dselepas kemalangan buruk itu," ujar Yahya.

Diejek Teman Sekolah

Sehari selepas hari pertamanya memasuki sekolah di Postdam, Yahya mengucapkan dua kalimat syahadat. Yahya menjalani kehidupan barunya sebagai seorang Muslim walaupun ramai yang mengejeknya di sekolah kerana Yahya seorang Muslim. Beberapa orang menganggapnya "gila" bahkan tidak percaya bahawa dirinya orang Jerman asli.

"Saya melihat perkara ini sebagai situasi yang biasa kerana maklumat yang mereka baca di media tentang Islam dan Muslim adalah bertentangan dengan Islam yang sebenarnya. Media masa sering memaparkan Islam sebagai pengganas, Osama bin Laden, jahat, dan sebagainya," tegas Yahya.

Sepuluh bulan selepas itu, situasi mula berubah. Yahya aktif berdakwah pada teman-teman sekelasnya dan dia telah mendapat sebuah bilik khas untuk solat, padahal cuma dia satu-satunya siswa Muslim di sekolahnya.

"Teman-teman sekelas mula berubah, yang dulunya menghina saya kerana memeluk Islam, sekarang ramai bertanya tentang Islam dan mereka mengakui Islam tidak sama dengan agama-agama lainnya.

Teman-teman sekolahnya menilai Muslim memiliki adab yang baik dalam berinteraksi antara sesama manusia, bebas dari tekanan geng geng seperti yang terjadi di sekolah mereka. Siswa-siswi di sekolah Yahya cenderung berkawan mengikut kumpulan atau membentuk ”geng” seperti geng hip hop, punk sampai kepada kelompok geng siswa yang hobinya berpesta. Setiap siswa berusaha keras untuk diterima menjadi anggota geng yang diminati.

Tetapi Yahya, dia boleh berkawan dengan sesiapa saja. "Saya tidak perlu mengenakan pakaian khusus agar diterima oleh mana-mana geng. Malah yang terjadi sebaliknya, geng-geng itu sering menjemput saya dan teman-teman Muslim saya ke pesta barbeque mereka," ceritanya.

"Yang istimewa dari semua ini adalah, mereka menghormati saya sebagai seorang Muslim. Mereka menyediakan makanan halal untuk saya dan mereka menggelar dua pesta barbeque, satu untuk mereka dan satu untuk kami yang Muslim. Masyarakat di sini mulai terbuka dengan Islam," sambung Yahya mengenang masa sekolahnya dulu.

Dia merasakan lebih mudah menjadi seorang mualaf daripada menjadi seorang yang memang dilahirkan Muslim. Beliau banyak melihat anak-anak muda Muslim yang ingin menjadi orang Jerman dan melihat Islam hanya sebagai tradisi. Anak-anak muda itu, kata Yahya, bersedia melepas 'tradisi' keislamannya supaya boleh diterima di tengah tengah masyarakat Jerman.

"Apa yang jelas, orang-orang Jerman tetap tidak mahu menerima mereka walaupun mereka melepaskan agama Islam," ujar Yahya.

Beliau mengakui, kehidupan seorang Muslim di Jerman tidak mudah kerana majoriti masyarakat Jerman buta tentang Islam. "Kalau mereka ditanya tentang Islam, mereka akan mengatakan sesuatu tentang Arab. Bagi mereka, pertanyaan itu seperti soalan matematik, Islam=Arab". Padahal islam merangkumi pelbagai bangsa yang besar," jelas Yahya

Mukjizat Al-Qur'an Terungkap: Ada Kobaran Api di Dasar Laut

Subhanallah! Baru-baru ini muncul sebuah fenomena retakan di dasar lautan yang mengeluarkan lava, dan lava ini menyebabkan air mendidih hingga suhunya lebih dari seribu derajat Celcius. Meskipun suhu lava tersebut luar biasa tingginya, ia tidak bisa membuat air laut menguap, dan walaupun air laut ini berlimpah-luah, ia tidak bisa memadamkan api.

Allah bersumpah dengan fenomena kosmik unik ini. Firman-Nya: "Ada laut yang di dalam tanahnya ada api" (Qs. Ath-Thur 6).

Nabi SAW bersabda: "Tidak ada yang mengarungi lautan kecuali orang yang berhaji, berumrah atau orang yang berperang di jalan Allah. Sesungguhnya di bawah lautan terdapat api dan di bawah api terdapat lautan."

Ulasan Hadits Nabi

Hadits ini sangat sesuai dg sumpah Allah SWT yang dilansir oleh Al-Qur’an pada permulaan Surah Ath-Thur, di mana Allah bersumpah (Maha Besar Allah yang tidak membutuhkan sumpah apapun demi lautan yang di dalam tanahnya ada api "al-bahrul masjur." Sumpahnya:

"Demi bukit, dan kitab yang ditulis; pada lembaran yang terbuka; dan demi Baitul Ma'mur; dan atap yang ditinggikan (langit), dan laut yang di dalam tanahnya ada api, sesungguhnya azab Tuhanmu pasti terjadi, tidak seorangpun yang dapat menolaknya." (Qs. Ath-Thur: 1-8)

Bangsa Arab, pada waktu diturunkannya Al-Qur’an tidak mampu menangkap dan memahami isyarat sumpah Allah SWT demi lautan yang di dalam tanahnya ada api ini. Karena bangsa Arab (kala itu) hanya mengenal makna “sajara” sebagai menyalakan tungku pembakaran hingga membuatnya panas atau mendidih. Sehingga dalam persepsi mereka, panas dan air adalah sesuatu yang bertentangan. Air mematikan panas sedangkan panas itu menguapkan air. Lalu bagaimana mungkin dua hal yang berlawanan dapat hidup berdampingan dalam sebuah ikatan yang kuat tanpa ada yang rusak salah satunya?

...tampak jelas bahwa gunung-gunung tengah samudera tersebut sebagian besar terdiri dari bebatuan berapi (volcanic rocks) yang dapat meledak layaknya ledakan gunung berapi yang dahsyat...

Persepsi demikian mendorong mereka untuk menisbatkan kejadian ini sebagai peristiwa di akhirat (bukan di dunia nyata). Apalagi didukung dengan firman Allah SWT: "Dan apabila lautan dipanaskan" (QS. At-Takwir 6).

Memang, ayat-ayat pada permulaan Surah At-Takwir mengisyaratkan peristiwa-peristiwa futuristik yang akan terjadi di akhirat kelak, namun sumpah Allah SWT dalam Surah Ath-Thur semuanya menggunakan sarana-sarana empirik yang benar-benar ada dan dapat ditemukan dalam hidup kita (di dunia).

Hal inilah yang mendorong sejumlah ahli tafsir untuk meneliti makna dan arti bahasa kata kerja “sajara” selain menyalakan sesuatu hingga membuatnya panas. Dan mereka ternyata menemukan makna dan arti lain dari kata "sajara," yaitu “mala'a” dan “kaffa” (memenuhi dan menahan). Mereka tentu saja sangat gembira dengan penemuan makna dan arti baru ini karena makna baru ini dapat memecahkan kemusykilan ini dengan pengertian baru bahwa Allah SWT telah memberikan anugerah kepada semua manusia dengan mengisi dan memenuhi bagian bumi yang rendah dengan air sambil menahannya agar tidak meluap secara berlebihan ke daratan.

Namun, hadits Rasulullah SAW yang sedang kita bahas ini secara singkat menegaskan bahwa: Sesungguhnya di bawah lautan ada api dan di bawah api ada lautan.

Setelah Perang Dunia II, para peneliti turun dan menyelam ke dasar laut dan samudera dalam rangka mencari alternatif berbagai barang tambang yang sudah nyaris habis cadangannya di daratan akibat konsumerisme budaya materialistik yang dijalani manusia sekarang ini. Mereka dikejutkan dengan rangkaian gunung berapi (volcanic mountain chain) yang membentang berpuluh-puluh ribu kilometer di tengah-tengah seluruh samudera bumi yang kemudian mereka sebut sebagai 'gunung-gunung tengah samudera'.

Dengan mengkaji rangkaian gunung-gunung tengah samudera ini tampak jelas bahwa gunung-gunung tengah samudera tersebut sebagian besar terdiri dari bebatuan berapi (volcanic rocks) yang dapat meledak layaknya ledakan gunung berapi yang dahsyat melalui sebuah jaring retak yang sangat besar. Jaring retak ini dapat merobek lapisan bebatuan bumi dan ia melingkupi bola bumi kita secara sempurna dari segala arah dan terpusat di dalam dasar samudera dan beberapa lautan. sedangkan kedalamannya mencapai 65 km. Kedalaman jaring retak ini menembus lapisan bebatuan bumi secara penuh hingga menyentuh lapisan lunak bumi (lapisan bumi ketiga) yang memiliki unsur bebatuan yang sangat elastis, semi cair, dan memiliki tingkat kepadatan dan kerekatan tinggi.

Bebatuan lunak ini didorong oleh arus muatan yang panas ke dasar semua samudera dan beberapa lautan semacam Laut Merah dengan suhu panas yang melebihi 1.000 derajat Celcius. Batuan-batuan elastis yang beratnya mencapai jutaan ton ini mendorong kedua sisi samudera atau laut ke kanan dan ke kiri yang kemudian disebut oleh para ilmuwan dengan "fenomena perluasan dasar laut dan samudera." Dengan terus berlangsungnya proses perluasan ini, maka wilayah-wilayah yang dihasilkan oleh proses perluasan itupun penuh dengan magma bebatuan yang mampu menimbulkan pendidihan di dasar samudera dan beberapa dasar laut.

...meskipun sebegitu banyak, air laut atau samudera tetap tidak mampu memadamkan bara api magma tersebut. Dan magma yang sangat panas pun tidak mampu memanaskan air laut dan samudera....

Salah satu fenomena yang mencengangkan para ilmuwan saat ini adalah bahwa meskipun sebegitu banyak, air laut atau samudera tetap tidak mampu memadamkan bara api magma tersebut. Dan magma yang sangat panas pun tidak mampu memanaskan air laut dan samudera. Keseimbangan dua hal yang berlawanan: air dan api di atas dasar samudera bumi, termasuk di dalamnya Samudera Antartika Utara dan Selatan, dan dasar sejumlah lautan seperti Laut Merah merupakan saksi hidup dan bukti nyata atas kekuasaan Allah SWT yang tiada batas.

Laut Merah misalnya, merupakan laut terbuka yang banyak mengalami guncangan gunung berapi secara keras sehingga sedimen dasar laut ini pun kaya dengan beragam jenis barang tambang. Atas dasar pemikiran ini, dilakukanlah proyek bersama antara Pemerintah Kerajaan Saudi Arabia, Sudan, dan salah satu negara Eropa untuk mengeksploitasi beberapa kekayaan tambang yang menggumpal di dasar Laut Merah.

Kapal-kapal proyek ini melemparkan stapler barang tambang untuk mengumpulkan sampel tanah dasar Laut Merah tersebut. Stapler pengeruk sampel tanah itu diangkat dalam batang air yang ketebalannya mencapai 3.000 m. Dan jika stapler sampai ke permukaan kapal, tidak ada seorang pun yang berani mendekat karena sangat panasnya. Begitu dibuka, maka keluarlah tanah dan uap air panas yang suhunya mencapai 3.000 derajat Celcius. Dengan demikian, sudah terbukti nyata di kalangan ilmuwan kontemporer, bahwa ledakan gunung vulkanik di atas dasar setiap samudera dan dasar sejumlah laut jauh melebihi ledakan vulkanik serupa yang terjadi di daratan.

...terbukti pula dengan beragam dalil dan bukti bahwa semua air yang ada di bumi dikeluarkan oleh Allah SWT dari dalam bumi melalui ledakan-ledakan vulkanik dari setiap moncong gunung berapi...

Kemudian terbukti pula dengan beragam dalil dan bukti bahwa semua air yang ada di bumi dikeluarkan oleh Allah SWT dari dalam bumi melalui ledakan-ledakan vulkanik dari setiap moncong gunung berapi. Pecahan-pecahan lapisan berbatu bumi menembus lapisan ini hingga kedalaman tertentu mampu mencapai lapisan lunak bumi. Di dalam pisan lunak bumi dan lapisan bawahnya, magma vulkanik menyimpan air yang puluhan kali lipat lebih banyak dibanding debit air yang ada di permukaan bumi.

Dari sini tampaklah kehebatan hadits Nabi SAW ini yang menetapkan sejumlah fakta-fakta bumi yang mencengangkan dengan sabda: "Sesungguhnya di bawah lautan ada api dan di bawah api ada lautan."

Sebab fakta-fakta ini baru terungkap dan baru bisa diketahui oleh umat manusia pada beberapa tahun terakhir.

Pelansiran fakta-fakta ini secara detail dan sangat ilmiah dalam hadits Rasulullah SAW menjadi bukti tersendiri akan kenabian dan kerasulan Muhammad SAW, sekaligus membuktikan bahwa ia selalu terhubung dengan wahyu langit dan diberitahui oleh Allah Sang maha Pencipta langit dan bumi. Maha benar Allah yang menyatakan:

"Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al Qur'an) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya), yang diajarkan kepadanya oleh (Jibril) yang sangat kuat, Yang mempunyai akal yang cerdas; dan (Jibril itu) menampakkan diri dengan rupa yang asli, sedang dia berada di ufuk yang tinggi. Kemudian dia mendekat, lalu bertambah dekat lagi, maka jadilah dia dekat (pada Muhammad sejarak) dua ujung busur panah atau lebih dekat (lagi). Lalu dia menyampaikan kepada hamba-Nya (Muhammad) apa yang telah Allah wahyukan” (QS. An-Najm 3-10)

Tidak seorang pun di muka bumi ini yang mengetahui fakta-fakta ini kecuali baru pada beberapa dekade terakhir. Sehingga lontaran fakta ini dalam hadis Rasulullah SAW benar-benar merupakan kemukjizatan dan saksi yang menegaskan kenabian Muhammad SAW dan kesempurnaan kerasulannya.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
 

Pesan Roh Kepada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jiin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang meman...dikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.

Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah saw bersabda:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah saw lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt " Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. " Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra:

"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama. Wallahualam.

Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
 

Sifat takut (khauf) dan harap (raja’)

Sifat takut (khauf) dan harap (raja’), perlu subur dalam jiwa seorang mukmin. Takut kepada Allah, takut akan azab-Nya. Tidak takut kepada selain-Nya.
Mengharap kepada Allah, kepada rahmat-Nya dan perte...
muan dengan-Nya.
Sifat ini perlu disebatikan dalam diri, agar laluan menuju akhirat tidak terpesong.

Dua sifat ini perlu disatukan, tidak sempurna andai tiada salah satu.
Sifat takut tanpa harap, dikhuatiri membawa kepada putus asa.
Sifat berharap tanpa takut, dikhuatiri membawa kepada tertipu.

Harapkan pahala apabila melakukan ibadat, tetapi tidak berjaga-jaga dalam menjauhkan diri daripada sifat riya’ dan bisikan syaitan, maka ibadat itu hanya sia-sia. Sesungguhnya riya’ itu adalah syirik khafi, syirik yang tersembunyi. Betapa penting buat seorang mukmin itu untuk sentiasa menjaga niatnya.

Firman Allah Ta’ala:

Maka barangsiapa mengharap pertemuan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amal saleh dan janganlah dia mempersekutukan dengan sesuatupun dalam beribadat kepada Tuhannya.
(Al-Kahfi: 110)

Inilah harapan, cita-cita mahupun kehendak yang paling utama buat seorang mukmin. Harapan untuk bertemu dengan Al-Khaliq, dan kekasihnya Muhammad s.a.w. di syurga. Tiada yang paling didambakan melainkan ini. Tiada yang lebih membahagiakan melainkan ini.

Maka demi Pertemuan Agung, bayarannya adalah amal saleh yang dihiasi ikhlas. Inilah bekalan kita, dengan itu redha dan rahmat Allah dapat diraih.

Taubat
Daripada Anas r.a. katanya: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. telah berfirman:

Wahai anak Adam! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi.

Dosa seorang hamba yang begitu banyak bukanlah suatu yang besar bagi Allah, selagimana dia bertaubat dan berharap kepada Allah. Usah kita terpedaya dengan bisikan syaitan, yang berusaha agar kita putus asa terhadap rahmat-Nya.


Katakanlah: "Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya (kecuali syirik). Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Az-Zumar:53)


Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).
(Az-Zumar:54)

Usah diperdaya oleh syaitan dan angkatan manusianya yang ingin melihat kita sentiasa berasa lemah. Kuatkan diri untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan, kembali ke jalan benar.

Firman Allah Ta’ala:

Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.
(Hud:114)


Teladan
Imam Syafi’e rahimahullah berkata ketika menghadapi sakit yang membawa kepada kematiannya:

Ketika hatiku menjadi keras dan pernafasanku sempit,
Aku menjadikan harapan untuk mencapai keampunan-Mu sebagai tangga.
Dosaku sangat besar, namun ketikaku bandingkan,
Ternyata keampunan daripada Tuhanku adalah lebih besar.

Betapa ulama’ hebat seperti beliau, memiliki sifat takut terhadap Allah, apatah lagi buat kita, yang seharusnya memiliki lebih sifat takut kepada Allah, disebabkan dosa-dosa yang tidak terhitung.

Khasiat dan kelebihan daging kambing

Ramai orang kata daging kambing ini panaslah, dan macam-macam lagilah akibat makan daging kambing ni. Tetapi, tahukah anda khasiat dan kelebihan daging kambing berbanding daging lain? Okey, tanpa membua...ng masa dan tenaga, mari kita lihat apa yang ada dalam daging kambing ni sehingga menjadikan ia daging yang terbaek!

Kelebihan Daging Kambing

Mereka yang berpangkat doktor menyarankan kita supaya mengelakkan dari memakan daging kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas badan. Ada juga doktor yang mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.

Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh kerana orang barat (yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan.Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Daging kambing adalah daging yang paling baik

Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu 
Segar punya
Daging kambing yang rendah kandungan protinnya menjadikan ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan yang tidak sihat.

Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan dengan kolestrol kambing sahaja.

Sodium yang digunakan untuk mengawet daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia boleh menyebabkan strok .

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti
Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit
Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.


Mail: Sate-sate. 2 Singgit, 2 Singgit!!!
Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan
Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang).

Mereka yang mengamalkan pemakanan daging kambing akan merasa tenang dan gembira serta mudah merasa getaran kasih sayang. Amalkanlah pemakanan daging kambing sekiranya menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan.