Tuesday, 8 May 2012

Doa-doa untuk kebaikan orang-orang tersayang

Doa Penawar Segala Penyakit


Doa Penghalau Syaitan

Doa Penerang Hati


Doa Pelembut Hati


Doa Pelembut Hati jugak (Surah Al-Hasyr ayat 21-24)


Doa Segala Kebaikan
  • Sekiranya anda ingin anak-anak mendengar kata dan menjadi anak yang soleh / solehah amalkan doa-doa di atas dan hembuskan pada ubun-ubun, air dan makanan dan diberikan kepada mereka.
  • Amalkan membaca dan menhembuskan juga pada pakaian anak-anak yang belum dicuci..
  • Selamat mencuba..tips ini saya petik daripada ceramah Dato' Dr Fazilah Kamsah dalam petua mendidik anak-anak..

Romantikkah Abang?

Hanya Tuhan yang tahu..hatiku akan terasa sayu bila ingin menjawab pertanyaan hubby ku itu..Soalan dia biasa je..tapi aku yang nk menjawab ni tak tau emosional kat mana..hehehehe. Soalan dia macam ni..

"Sayang, Abang ni romantik tak?" selalunya aku akan menjawab dengan berseloroh.."tak, Abang tak romantik pun..". Suamiku akan mencebikkan mukanya..Bukan niat nak sakitkan hatinya tetapi aku tak mampu menjawab soalan itu. Bagi menjelaskan jawapan yang sukar aku jawabkan bila bertentang mata dengan dia, aku ingin luahkan saja di dalam bicara bisu yang aku rasa hubby ku akan membacanya suatu hari nanti...
"Sayang mintak maaf banyak-banyak sebab tak tau nak jawab macam na depan Abang..tapi ni la jawapan sebenar Sayang......Romantik Abang tidak seperti kejutan candle lite dinner, hadiahkan sejambak bunga ros, bawa Sayang dengan percutian mewah, bagi Sayang sebentuk cincin tapi romantik Abg jelas ketika menyuapkan ubat dan makanan ketika Sayang sakit, memimpin Sayang disaat badan ni lemah sangat tambah-tambah masa alahan mengandung, menemani Sayang disaat Sayang bertarung kekuatan melahirkan putera dan puteri tersayang dan sekalung doa Abang buat Sayang....Kaya Abang tidak seperti adanya rumah besar, kereta besar tapi apa yang Abang ada....tiap-tiap bulan membayar duit kereta Proton Saga putih untuk Sayang drive tiap-tiap hari dan anak-anak dapat berlindung dari hujan dan panas dan memberi keselesaan kepada kami..
Sayang bersyukur sangat dapat suami macam Abang..Terima kasih banyak-banyak Abang atas setiap apa yang Abang berikan...dan Sayang mintak ampun dan maaf yang tak terucap..atas semua dosa-dosa Sayang pada Abang...Sesungguhnya yang ada dalam hati Sayang selamanya hanya Abang..tiada dua...Semoga kita bahagia dan akan terus bahagia melayari bahtera rumahtangga dan semoga kita dapat manangkis rintangan dan halangan yang mendatang atau yang cuba menggangu-gugat rumahtangga kita...Aamin...Semoga rumahtangga kita diberkati oleh Allah SWT, diberi rahmat , perlindungan dan kasih sayangNya, dianugerahkan kita anak-anak yang soleh dan solehah..Aamin...Sayang sayang Abang sangat-sangat...dan selamanya...

Wanita & bidadari

SEKADAR MENYAMPAIKAN…..

“Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?”

Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz).
 Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting.

 Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.

 Mmm…nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan ‘meluat’ sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan ‘bidadari’, aku tak nafikan.

 Apa puncanya sampai jadi macam tu? Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.

 Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.

 Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut, “Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya..”

 Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..
Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga ‘pantang’ disebut tentang bidadari di depan wanita.
Tapi..Dalam Al-Qur’an kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Ohoho…mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur’an.

 Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita ‘bermusuh’ dengan bidadari? Tak ada cara nak ‘mendamaikan’ dua golongan ni ke?

 Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.

 “Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari.. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia..” Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagaiketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.

 Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.

Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?

 Tidak juga.

 Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?

 Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.

 Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya.
Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.

 Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud:
“sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka”.

 Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan..
Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).

 Tentang pengertian kalimah atraaba pula, nantilah bila ada masa yang sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..for guys only.

Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan?
Barulah bidadari lain tak ‘kacau daun’.

 Betul?

 Tapi adakah anda pasti?

 Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;

 Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, “Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih.” ~au kama qaal

 Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.

 “Tak kisah, janji dia tak layan bidadari..” mungkin itu jawapan seorang wanita.

 Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa “tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..”. (au kama qaal)

 Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?

 Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. “Ketua! Biar kami pula ambil alih!” ..mungkin itu yang mereka kata.

 “Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!” Mungkin ada wanita yang berfikir begini.

 Izinkan saya bertanya lagi; “Tak nak pergi shopping ke?” ; )

 “Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?”

 Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu ‘pasar’ di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

 Dan di ‘pasar’ syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.

 Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh ‘produk’ yang dipamerkan, niatkan “Aku mahu yang ini!”; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

 Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?

 Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.

 Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak ‘search’ apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.

 Maka di ‘pasar’ syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam ‘rekabentuk terbaru’…’latest design’
kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

 Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA!
Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang (“you’re fired!”). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..

 Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati.. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.

 “Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?”
..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..

 Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.
“Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi”.

 belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;

 “Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu’lu’ dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi.”

 Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra’ dan mi`raj.

 Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya.

 Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.

 Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.

 Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?

 Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.
Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!

 Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.

 Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas!
Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).

 Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.

 Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?

 Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan ‘design’ terbaru tu, kenalah keluar dari rumah
(istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.

 Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian ‘pasar’ itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).

 Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!
Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan…sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..

 Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu?

 ..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya…atau mungkin dia cuma nak ‘berehat di rumah’ saja.. 

 Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur.

Thursday, 3 May 2012

Mutiara Kata Ibnu Qayyum

"Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt,

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah swt,

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt,

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa dengan Allah swt,

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qada dan qadar-Nya serta senantiasa sabar sehingga bertemu dengan Allah swt,

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya,

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu..."

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL...


Tentang Cinta

Tip Untuk Kekalkan cinta Di Hati Suami
  • Jangan remehkan diri sendiri
  • Hubungan berlandaskan kejujuran
  • Jangan mungkir janji
  • Jangan merendahkan pasangan
  • Hormati dan jaga perasaannya
  • Lakukan perkara yang menggembirakan hatinya
  • Cipta sikap romantis
  • Sentiasa ada waktu diperlukan
  • Komunikasi yang baik
  • Layan pasangan dengan sopan

Pantang Larang Dalam Hubungan Seks
  • Dilarang semasa haid
  • Sodomi (melalui dubur), jangan sesekali
  • Elak perubahan drastik
  • Jangan guna bantuan filem lucah
  • Jangan mengkritik
  • Jangan memaksa

Merebut Cinta Di Hati Suami
  • Elakkan dari suka mengawal dan mengatur hidup
  • Isteri elakkan dari cepat merajuk
  • Mendahulukan emosi
  • Hindarkan hobi bergosip
  • Selalu tidak puas hati punca pergaduhan,elakkan!
  • Menstabilkan mood

Berusahalah Mengenali Pasangan Anda
  • Pasangan anda akan berubah mengikut masa
  • Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara
  • Semakin lama berkahwin, semakin bahagia
  • Hubungan seks ada turun naiknya
  • Perasaan ego yang berlebihan amatlah bahaya
  • Percaya untuk dipercayai
  • Menangkan lelaki untuk menang
  • Terima lelaki agar dia menerima anda
  • Fahamilah lelaki agar dia memahami anda
  • Berubah untuk menikmati perubahan

Bina Hubungan Baru dan Lama
  • Tukar sikap ego kepada sikap terbuka
  • Bersikap jujur
  • Bersikap menyokong
  • Bersikap adil dan saksama
  • Bertanggungjawab pada diri sendiri
  • Ucapkan terima kasih dan maaf

Anak-anak Penenang Hati

Ibubapa ni sebenarnya adalah orang yang paling rapat dan paling penting menentukan hala tuju anak-anak. Merekalah pencorak masa depan anak-anak. Ada beberapa tips yang aku ambil daripada Robert D. Ramsey, bukan Dr Romzi ekk...hehehehe.
Sebenarnya aku dapat 20 tips ni pn dalam point2 penting je..tp takpa aku huraikan sikit2 bagi kita sama-sama jelas apa maksudnya..

Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik
  • Dalam Islam pun digalakkan memberi nama yang baik dan indah kepada anak. Kadang2 maksud dan nama si anak dah elok benar tapi nama singkatan atau gelaran yang diberi tu buruk benar..jadi bila besar malulah anak tersebut bila kengkawan pn memanggil dengan nama yang tidak elok. jadi berilah nama yang baik2.
Berikan anak anda pelukan setiap hari
  • Ada kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari mempunyai IQ yang lebih kuat berbanding dengan anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk setiap hari, anak2 tahu kita sayang mereka dan emosi mereka akan terbela.
Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
  • pandangan ini akan membuatkan mereka lebih yakin diri untuk menghadapi persekitaran
Berikan peneguhan setiap kali anak anda membuat kebaikan
  • berilah mereka pujian, pelukan, ciuman, hadiah atau sekurang2nya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukan. tentu dia akan rasa nak buat lagi, nak buat lagi. ini juga adalah motivasi sebenarnya..
Jangan mengharapkan anak yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan
  • mereka hanya kanak2 yang sedang berkembang. perkembangan tersebut akan membuatkan mereka ingin mengalami semua perkara termasuk membuat silap. sebenarnya mereka akan belajar dari kesilapan itu..
Apabila anda menghadapi masalah keluarga dan kerjaya, pilihlah keluarga dahulu
  • seeloknya diselesaikan masalah keluarga dahulu kerana anda akan tenang kalau tak ada masalah keluarga,kan? Anak2 sepatutnya diberikan keutamaan kerana mereka dalam proses membesar.
Di dalam membesar dan mendidik anak2, janganlah mengeluh
  • keluhan akan merasakn diri mereka adalah beban. ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita dan merasa sunyi.
Dengarlah cerita anak anda
  • Cerita itu tak dapat didengari pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.
Tenangkan anak anda bila mereka memerlukan
  • ada masa mereka akan merasa sedih, takut dan sebagainya. Jadi, bantulah dia supaya tidak merasa mereka bersendirian.
Tunjukkan kepada mereka cara menenangkan diri
  • kita sbg ibubapa jgn kelam kabut bila berhadapan dgn masalah. Anak2 akan meniru cara kita.
Buatkan sedikit persediaan untuk menyambut hari jadinya
  • sediakanlah hadiah walaupun murah dan mereka akan merasa diri dihargai dan mereka juga akan menghargai orang sekeliling.
Mereka memerlukan kita mengajar mereka lebih dari sekali
  • ada sesetengah orang byk kali diajar baru faham. jangan marah sebab nnt akan membantutkan proses pembelajarannya.
Luangkanlah masa anda di rumah
  • mereka akan rasa diri disayangi dan dihargai..rumahku syurgaku..
Jadilah pendengar yang baik
  • kadang2 anak anda mengalami mimpi ngeri dan bagi mereka ianya sesuatu yang menakutkan, maka dengarilah cerita dan tenangkannya..
Hargailah permainan kesayangan anak
  • elakkan dari membuang barang kesayangannya wlwpun sudah rosak. Sekiranya mahu minta kebenarannya dulu
Jangan biarkan anak2 tidur tanpa ciuman selamat malam
  • biasakan ajr mereka dengan bersalaman sebelum tidur malam
Terimalah kdg2 anda bukanlah ibubapa yang sempurna
  • ini mengurangkan stress ibubapa. Ada masa anak berkata "ibu ni garang lah..". Itu sebenarnya teguran, jadi berubahlah ok..
Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah
  • anak2 akan menganggap kerja anda lbh penting dari mereka. Bantu mereka membuat kerja sekolah dan bantu mengajar lebih dari yang cikgu ajarkan.
Anak menangis untuk melegakan keresahan tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja
  • dengari mereka, mgkin dua puluh tahun akan datang anda akan menangis apabila anda terasa sunyi tanpa anak2.
Anak2 mempunyai perasaan seperti anda. Hargailah perasaan mereka supaya mereka akan menghargai anda nanti..



12 Jenis Manusia Dibangkitkan Dari Kubur

Daku nak kongsikan dengan korang semua tentang 12 jenis barisan manusia yang dibangkitkan dari kubur..Artikel ini aku dapat sewaktu seorang ustaz datang berceramah di ofis aku..Daku kongsikan untuk peringatan aku dan kita bersama..Moga kita tergolong di dalam barisan yang kedua belas..Aamin..

Suatu hari Muaz bin Jabal r.a telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai maksud Firman Allah SWT : "Pada sangkakala di tiup, maka kamu sekelian datang berbaris -baris." (Surah an-Naba ayat 18).Mendengarkan pertanyaan tadi Rasulullh SAW terus menangis dan baginda berkata"Wahai Muaz engkau telah bertanya kepada aku perkara yang amat besar,nanti umat ku akan di iring dan di kumpulkan berbaris menjadi 12 barisan dengan pembawaan mereka sendiri.
12 jenis BARISAN yang di maksudkan Rasulullah SAW itu ialah :

BARISAN YANG PERTAMA
  • mereka diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki.Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya,maka ini balasannya dan tempat mereka kembali ke neraka
BARISAN KEDUA
  • di iringi dari kubur berbentuk babi hutan.Mereka iniadalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat,maka inilah balasannya dan tempat kembalinya ke neraka
BARISAN KETIGA
  • di iringi dari kubur berbentuk seperti keldai,perut penuh dengan ular dan kala jengking.Mereka ini adalah orang yang enggan membayar zakat,maka inilah balasannya dan tempat kembalinya ke neraka
BARISAN KEEMPAT
  • di iringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan yang keluar dari mulutnya.Mereka iniini adalah orang yang berdusta didalam jual beli,maka inilah balasannya dan neraka tempat mereka
BARISAN KELIMA
  • di iringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai.Ketika itu Allah SWT meniupkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketemtaram di Padang Masyar.Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut di ketahui manusia tetapi tidak takut kepada Allah SWT,maka inilah balasannya dan neraka tempat bagi mereka
BARISAN KEENAM
  • di iringi dari kubur dengan kepala mereka terputus dari badan ,Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu,maka inilah balasanny dan neraka tempat mereka
BARISAN KETUJUH
  • di iringi keluar tanpa mempunyai lidah dan mulut mereka mengalir keluar nanah serta darah.Mereka ini adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran,maka inilah balasanny dan neraka tempat mereka
BARISAN KELAPAN
  • di iringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala kebawah dan kaki keatas.Mereka adalah orang yang berbuat zina,maka inilah balasannya dan neraka tempat mereka
BARISAN KESEMBILAN
  • di iringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biri sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.Mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara haram,maka inilah balasannya dan nerakalah tempat mereka
BARISAN KESEPULUH
  • di iringi dari kubur dengan keadan badan mereka penuh sopak dan kusta.Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya,maka inlah balasannya dan neraka tampat mereka
BARISAN KESEBELAS
  • di iringi dari kubur dengan berkeadaan buta ,gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan,bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut dan keluar berbagai kotoran.Merka adalah orang yang minum arak,maka inilah balasannya dan nerakalah tempat mereka
BARISAN KEDUA BELAS
  • di iringi dari kubur dengan wajah bersinar-sinar,Mereka melalui titian seperti kilat.Mereka adalah golongan yang beramal soleh dan banyak berbuat baik, mereka menjauhi perbuatan derhaka ,memelihara solat lima waktu, ketika meniggal dunia mereka bertaubat,maka inilah balasannya dan tempat mereka kembali adalah syurga serta mendapat keampunan,kasih sayng dan keredhaan Allah yang Maha pengasih..