Kisah Sebiji Tembikai
Pada suatu hari, seorang
ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir.m. telah membeli sebiji
tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itupulang dan diberikan kepada
isterinya.
Apabila isterinya membelah
tembikai itu untuk di makan, ternyata buah ternbikai itu tidak elok,maka
marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq
kepada isterinya: “Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu?
Adakah kepada penjual,
pembeli, penanam, atau Pencipta buah tembikai itu?”Terdiam isterinya mendengar
pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan
lagi kata-katanya: “Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri
daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu beli
barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil
tanamannya yang terbaik juga.
Maka ternyatalah marahmu
ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau
kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”
Maka menangislah isteri
Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh
Allah SWT.
Seikhlas Kelapa Tua
Kelapa tua. Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua
itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia.
Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa
tua tidak pernah menjadi topic perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan
apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai
orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua.
Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Dia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin.
Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Dia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin.
Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokoknya
sambil menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu,
datanglah orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Tidak sabar menunggu
kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok macam
tu.
tu.
Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah
kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah. Bukan
setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki.
Bunyinya berdentum sampai ke tanah. Waduh! Kalau calang-calang buah, boleh
berkecai. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak.
Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja. Ini baru
muqaddimahnya. Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyakkoyak dan dibuang sedikit
demi sedikit dengan parang cangkuk.Proses ini bukan sekadar sekali tetak.
Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya.Seksanya
tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu sakit dikoyak dan
disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal.
Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya.
Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti
ini. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu
kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Maka tersembur dan mengalirlah
air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.
Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini,
maka selesailah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan.
Banyak lagi seksaan yang menanti.
Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan
isinya, isinya yang putih bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan
dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang di
bakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah
isinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.
isinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.
Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu,
diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau hendak dikirakan, ini
sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian ia ditapis menjadi
santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang
putih.
Setelah itu, minyak dipanaskan dalam belanga. Bawang merah, rempah dan
rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi
ke dalam belanga. Maka berpanasanlah santan itu hingga terkeluar minyaknya.
Apabila sudah masak dan bau harumnya merebak ke seluruh ceruk rumah, maka orang
pun bertanya:
“Gulai apa tu? Sedap sangat baunya?”
Orang di dapur hanya menjawab, “Gulai ikan bawal.”
Gulai dapat nama. Ikan bawal dapat nama.
Gulai dapat nama. Ikan bawal dapat nama.
Orang kata, “Oh! Sedap gulai ni.”
“Oh! Sedap ikan bawal ni.”
“Oh! Sedap ikan bawal ni.”
Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya
yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang
tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tidak ada siapa yang ambil kira
atau ambil peduli.Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua
ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan untuk dikenang atau untuk
mendapat nama, tapi untuk ta’abbud kepada Tuhan. Biarlah jasa-jasa kita tidak
nampak di mata orang, tapi ada dalam perhatian Tuhan!
No comments:
Post a Comment