Seorang pensyarah di Kolej Safir yang bernama Dr. Izwan
kelihatan sudah bersedia memulakan kelas falsafah beliau. Suasana di dewan
kuliah sunyi sepi dan para pelajar nampaknya sudah bersedia mendengar syarahan
daripada Dr. Izwan.
Kelihatan di atas meja Dr. Izwan terdapat sebuah balang
kaca yang besar dan secawan air kopi yang sungguh harum aromanya. Tanpa berkata
apa-apa, Dr. Izwan meletakkan beberapa biji bola golf ke dalam balang kaca
tersebut sehingga penuh. Kemudian, Dr. Izwan bertanya, "Wahai para
pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?". Para pelajarnya menjawab,
"Ya, balang kaca itu sudah penuh".
Kemudian, Dr Izwan memasukkan beberapa biji manik ke
dalam balang tersebut dan menggoncangkannya. Manik-manik tersebut mengisi
ruang-ruang kosong di celah-celah bola golf di dalam balang tersebut. Dr. Izwan
bertanya lagi,"Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah
penuh?". "Ya", jawab para pelajarnya.
Kemudian, Dr. Izwan mengisi pula balang tersebut dengan
pasir pula. Dengan mudah pasir-pasir tersebut mengisi ruang-ruang yang masih
ada di dalam balang kaca tersebut. Dr. Izwan tanpa segan silu bertanya lagi,,
"Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?".
"Ya", jawab para pelajarnya yang nampaknya agak keliru dan terasa
seperti diperbodohkan.
Kemudian, dengan yakin Dr. Izwan mengisi balang kaca
tersebut dengan air kopinya. Kedengaran suara seperti orang ketawa kecil.
Suasana di dalam dewan kuliah mula hingar-bingar seketika. Dr. Izwan sambil
tersenyum sinis bertanya,"Adakah balang kaca ini sudah penuh?. Para
pelajarnya menjawab, "Ya, sudah penuh".
Seorang pelajar Dr. Izwan mengangkat tangan sambil
bangun dan bertanya,"Kenapakah Dr. Izwan berbuat demikian?".
"Baiklah saya akan terangkan sebabnya... balang kaca ini melambangkan
kehidupan kita semua. Bola golf itu pula melambang perkara-perkara yang paling
penting yang perlu diisi ke dalam kehidupan kamu seperti agama kamu, amal
ibadah, pelajaran, ibubapa, keluarga dan sekiranya tiada perkara lain pun kehidupan
kamu tetap juga penuh. Manik-manik kecil itu pula umpama perkara-perkara
keperluan kamu seperti rumah, kereta, pangkat dan sebagainya. Begitu juga pasir
tersebut melambangkan perkara-perkara kecil yang lain dalam kehidupan
kamu", jawab Dr. Izwan dengan yakin dan gayanya yang tersendiri.
"Cuba kamu bayangkan jika balang kaca tersebut
diisi bermula dengan pasir, sudah tentu ruang untuk bola golf dan manik amat
terbatas. Begitulah juga kehidupan, jika kita hanya menghabiskan tenaga dan
masa hanya kepada perkara kecil dan remeh... pasti dan pasti kita tiada lagi
ruang masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang penting dan bermanfaat",
Dr. Izwan menyambung.
Tiba-tiba seorang pelajarnya bertanya, "Habis...
air kopi tu melambang apa pula?". Sambil tersenyum Dr. Izwan menjawab,
"Walau sesibuk mana pun kamu semua, ketahuilah bahawa kamu masih lagi
punya waktu untuk minum secawan kopi bersama ibubapamu.
Wahai kawan-kawanku sekalian... jika kamu berasa
kehidupan ini terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan sehingga anda
merasakan masa selama 24 jam itu tidak cukup... sebenarnya anda silap!
Berfikirlah dengan akal berpandukan Iman di dalam hati... tentukan yang mana
satukah prioriti. Jangan lupa fahami sedalam-dalamnya tafsiran surah
Al-'Asr!!!.
:: In this real world...we should be able to set which one is the priority...when
it has been set up, then the others will be balance up accordingly...tapi kalau
dah set priority pon dah salah... then the others may cannot be fix in! ::
No comments:
Post a Comment