Helang
dan kura2
Pada
suatu masa dahulu terdapat seekor kura-kura yang ingin terbang seperti
burung."Oh, alangkah seronoknya kalau aku dapat terbang seperti
burung-burung itu," kata kura-kura.Kura-kura cemburu setiap kali melihat
burung-burung terbang bebas di udara. Ia selalu termenung memikirkan akan
keinginannya itu. Pada suatu hari, kura-kura ternampak seekor burung gagak
sedang berehat di atas sebatang dahan pokok. Kura-kura segera menghampiri
burung gagak itu. Ia meminta gagak mengajarnya terbang."Kamu tidak boleh
terbang kerana kamu tidak mempunyai sayap," kata gagak.Kura-kura berasa
kecewa mendengar kata-kata gagak. Namun ia tidak mahu berputus asa. Tiba-tiba
ia ternampak seekor helang menghampirinya. Helang itu sebenarnya sedang mencari
makanan."Dari tadi saya perhatikan kamu termenung. Apakah masalah kamu
wahai kura-kura?" tanya helang."Sebenarnya saya ingin terbang di
udara seperti rakan-rakan kamu tetapi tidak ada yang ingin menolong saya,"
kata kura-kura."Baiklah kura-kura, saya akan ajar kamu terbang, kata
helang."Betulkah kamu boleh mengajar saya terbang?" tanya kura-kura
dengan gembira.Helang memegang cengkerang kura-kura dengan kuat lalu membawanya
terbang di udara. Helang membawa kura-kura terbang tinggi. Kura-kura berasa
sungguh gembira kerana ia dapat terbang bersama burung-burung lain. Ia dapat
merasa angin yang sejuk. Ia juga dapat melihat pemandangan yang cantik. Namun
begitu, helang yang lapar itu membawa kura-kura ke suatu tempat. Ia melepaskan
cengkaman kakinya pada cengkerang kura-kura. Kura-kura melayang-layang jatuh ke
tanah dan terhempas di atas batu. Badan kura-kura hancur berkecai. Helang terus
makan kura-kura itu dengan gembira.
*Moral - Buat sesuatu perkara mestilah
mengukur keupayaan diri sendiri.
Monyet
dgn ikan lumba2
Pada zaman
dahulu, terdapat seorang pelayar yang baik hati. Dia suka mengembara ke serata
tempat. Dia juga sering membawa bersama seekor monyet kesayangannya.Pada suatu
hari, pelayar itu pergi belayar bersama keluarganya. Dia juga membawa monyet
kesayangannya. Semasa dalam pelayaran, tiba-tiba angin bertiup kencang dan laut
bergelora. Ribut yang kuat menyebabkan kapal itu karam. Semua penumpang di dalam
kapal itu meninggal dunia akibat lemas. Hanya seekor monyet yang terselamat. Ia
berpaut pada sebatang kayu.Ketika monyet terumbang-ambing dipukul ombak yang
besar, tiba-tiba seekor ikan lumba-lumba menghampirinya."Wahai monyet,
saya kasihan melihat kamu. Naiklah ke atas belakang saya, saya akan membawa
kamu ke tempat yang selamat," kata ikan lumba-lumba."Terima kasih
kerana selamatkan saya," kata monyet.Monyet terus naik ke atas belakang
ikan lumba-lumba. Ikan lumba-lumba membawa monyet menuju ke darat. Sebelum
sampai ke darat, mereka melalui sebuah pulau. Ketika melalui pulau tersebut,
monyet terfikir untuk mempermainkan ikan lumba-lumba."Kamu tahukah, di
pulau inilah seorang rakan saya menjadi raja. Ia memerintah rakyat di pulau ini
dengan adil. Rakyat hidup dengan aman dan gembira. Di pulau ini juga terdapat
makanan yang banyak," kata monyet.Ikan lumba-lumba hanya terdiam mendengar
kata-kata monyet. Ia tahu monyet cuba mempermainkan dirinya. Ikan lumba-lumba
tahu pulau itu tidak terdapat manusia atau pun haiwan. Ikan lumba-lumba ingin
mengenakan monyet pula. Ia membawa monyet ke pulau itu."Saya rasa, eloklah
kamu tinggal di sini. Kamu tentu boleh hidup senang-lenang di pulau ini,"
kata ikan lumba-lumba. Ikan lumba-lumba meninggalkan monyet di situ dan terus
pergi dari situ.Tinggallah monyet keseorangan di pulau itu. Monyet menangis
kerana menyesali kesilapannya. Ia sepatutnya tidak bercakap yang bukan-bukan
kepada ikan lumba-lumba yang telah menolongnya.
*Moral : Jangan menipu orang
yang telah menolong kita
Singa dan
arnab
Pada suatu
pagi, singa terjaga daripada tidur. Ia berasa sangat lapar. Dari semalam ia
tidak makan apa-apa."Hari ini aku mesti mendapatkan makanan, jika tidak
aku akan mati kelaparan," fikir singa.Singa pun keluar mencari makanan. Ia
ingin memburu haiwan. Setelah penat meredah hutan dan belukar, tiada seekor
haiwan pun ditemuinya. Singa menuju pula ke arah sebatang sungai. Ia berhenti
seketika di sungai itu untuk minum air.Selepas itu, singa duduk di tepi sungai
untuk menghilangkan penat. Tiba-tiba ia ternampak seekor arnab keluar dari
lubangnya. Singa menghampiri arnab itu. Kedatangannya tidak disedari oleh
arnab. Singa terus menangkap arnab."Tolong! Tolong! Jangan bunuh saya!
jerit arnab."Kamu akan menjadi hidangan saya hari ini," kata singa
sambil tertawa.Pada ketika itu, seekor rusa sedang melalui kawasan itu. Arnab
dan singa ternampak rusa itu. Arnab mendapat satu akal untuk melepaskan
diri."Wahai tuan, adakah tuan akan kenyang jika tuan makan saya kerana
badan saya terlalu kecil. Cuba tuan tengok rusa itu. Badannya lebih besar. Jika
tuan tangkap rusa itu, tentu tuan dapat makan sepuas-puasnya. Lagi pun rusa itu
agak gemuk dan dagingnya sedap berbanding daging saya," kata arnab.Singa
terdiam mendengar kata-kata arnab."Tentulah daging rusa lebih sedap
daripada daging arnab." fikir singa.Singa pun melepaskan arnab. Ia terus
mengejar rusa. Apabila ternampak singa, rusa terus melarikan diri. Ia lari dan
bersembunyi di dalam hutan. Singa terus mengejar rusa itu dengan pantas.
Lama-kelamaan singa berasa sangat letih. Perutnya juga sakit kerana terlalu
lapar. Ia berasa kecewa kerana tidak dapat menangkap rusa itu. Ia juga menyesal
kerana melepaskan arnab. Disebabkan sikapnya yang tamak, singa tidak berjaya
memperoleh sebarang makanan.
*Moral: Orang tamak selalu rugi
**Antara kisah-kisah teladan yang aku kumpulkan untuk anak-anak aku..
No comments:
Post a Comment