1. WAKTU SUBUH
Pada waktu
Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan
frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru
muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan
komunikasi.
Mereka yang
kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali,
lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga
alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam
keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata
lain jaga daripada tidur.
Di sini juga
dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya
saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga
inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan
sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang
tidak optimum lagi.
2. WAKTU ZOHOR
Warna alam
seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna
kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan
dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna
kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka
yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam
hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang
tengah sakit perut ceria tak?
3. WAKTU ASAR
Kemudian warna
alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum
warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan
testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang
kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi
kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan
jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ
reproduktif kita.
4. WAKTU MAGHRIB
Menjelang waktu
Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan
oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna
pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna
jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang
sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini
(solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada
waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna
merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
5. WAKTU ISYAK
Apabila masuk
waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa
Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana
frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang
kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang
berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur
pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada
dalam kerehatan.
6. QIAMULLAIL
Selepas tengah
malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan
seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal,
pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu
ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah
secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini
sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor
adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan
sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai
umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh
Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam
ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan
solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta
kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
No comments:
Post a Comment