Thursday 12 April 2012

Salam pembuka bicara

Bismillahirrahmanirrahim....
 Daku cuba mencari ruang-ruang masa untuk mencoret di alam maya ini  setelah sekian lama bermuhasabah di alam nyata. Takut jika langkah penulisanku pula terjerumus kepada riak...Moga Allah masih menerima taubat daku dan membimbing hati untuk sekadar berkongsi ilmu dan pengalaman dan bukan untuk menunjuk-nunjuk...
Coretan pertama ini aku tekadkan dan persembahkan untuk orang-orang tersayang dan sahabat-sahabat semua untuk menjayakan langkah awal iaitu; PENULISAN.

 Saat aku menulis, satu kata-kata alim menjadi pencetus fikrah untuk melebarkan sayap penulisan..moga diizinkanNya.

 "Kitab ialah bicara bisu pengarangnya yang merentasi zaman dan jarak!"
 Ya, inilah bicara bisu yang aku ingin persembahkan. Tidak kiralah bagaimana gaya daku menyampaikan apa yang tercetus di fikiran..yang pentingnya penulisan ini dapat dikongsikan bersama-sama..Suka juga untuk aku nyatakan di sini..aku namakan ruang comel ini sebagai Eat, Pray and Love iaitu makan, doa dan cinta...Aku garapkannya sebagai pencetus idea untuk pengembaraan hidup kita mencari nilai kebahagiaan disamping tidak melupakan tanggungjawab sebagai hamba Allah SWT..."Eat, Pray and Love" adalah element yang penting diperlukan untuk terus hidup..tak perlu diceritakan panjang dan lebarnya di sini, InsyaAllah aku akan kongsikan pada masa-masa akan datang.

 Aku, sememangnya tidak layak untuk dibandingkan dengan penulisan mereka yang awal daripadaku, namun sunnah yang baik itu perlu diteruskan. Tambahan, sifat menulis ini bukan hanya memberi, malah kita juga menerima manfaatnya. Tulislah, walaupun satu ayat yang kita mampu. Moga nilaiannya ada, dengan syarat ikhlasnya tidak pudar.

Melalui bicara bisu ini juga, aku berharap aku dapat berkongsi berbagai-bagai ilmu dan pengalaman untuk perkongsian bersama...






Daku juga mengalu-alukan sebarang komen yang membina untuk memperelokkan lagi gaya penulisanku..Moga apa yang disampaikan dapat memberi manfaat..Amin.

No comments:

Post a Comment