Monday 11 June 2012

Percutian di Pulau Pangkor

Alhamdulillah...Syukur kehadrat Ilahi...

Aku kembali menulis...setelah beberapa hari berehat bersama anak2 dan hubby tersayang. Keadaan sedikit tenang waktu itu bila dapat berehat dari kekalutan dengan rutin biasa mengambil anak dari sekolah dan hatiku sikit gembira bila hubby ku tidak sesibuk seperti dua tiga bulan yang lepas dengan kerjanya...udah ler balik kerja pun sampainya di rumah pukul 8 malam (boleh dikatakan setiap hari), lepas tu ada meeting setiap malam selasa,rabu,jumaat (jumaat tu kadang2)... Letih gak sorang2 daku melayan karenah anak2 yang tak pernah habis hehehehe...


Destinasi percutian kami kali ini adalah Pulau Pangkor. Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti yang dirancangkan...Seronok bila melihat anak2 gembira dengan keletah mereka bermain pasir dan mandi pantai... Hubby pun dapat relax dari kesibukan.. Aku...oh aku tentu sekali dapat tenangkan fikiran hehehehe..

Kami memilih untuk bercuti pada minggu kedua cuti persekolahan (4-6 Jun) sebab difikirkan mungkin keadaan tempat tidak terlalu sesak berbanding dengan cuti minggu pertama yang memungkinkan ada ramai orang dan bertambah sesak untuk bercuti-cutian... Tepat sekali jangkaan kami.. Setibanya di jeti (jeti private PIBR), kami disambut dengan bas yang terus membawa ke hotel. Kami sekali lagi disambut oleh band penghibur hotel yang menyanyi menyambut kedatangan pelancong..Kami agak kehausan waktu itu kerana terpaksa menunggu lebih kurang 2 jam untuk masuk ke bilik..(tapi mujurlah pihak hotel turut menyediakan air sirap percuma untuk pelancong yang baru datang). Ini disebabkan ramai yang baru check-out dan pihak hotel mengambil sedikit masa untuk menyempurnakan apa yang sepatutnya...Tapi itu semua tidak membuatkan kami kecewa kerana sementara menunggu bilik siap kami dapat menikmati kedamaian sekitar PIBR itu.

Pulau Pangkor sememangnya salah satu pulau yang cantik..Kami menginap di Pangkor Island Beach Resort, Teluk Belanga..Persekitaran dan pemandangan di sana memang cantik. Untuk yang betul2 nak merelaxkan minda memang sesuai sangat la. Pulau ni tak macam Pulau Langkawi yang aku pernah pegi la. Pulau Langkawi memang la pantainya pun cantik tapi tempat shopping pun banyak...macam Pulau Pangkor kalau nak shopping kena keluar pegi pekan Pulau Pangkor je. Pekan pun hanya pekan kecil dan ada beberapa tempat menarik seperti Kota Belanda dan sekitarnya.. Sayangnya kami tidak berkesempatan melawat Kota Belanda kerana anak2ku meragam nak balik cepat ke hotel kerana kepenatan sebab bermain pasir dan mandi pantai sebelum kami bertolak ke pekan Pulau Pangkor...















PIBR (Pangkor Island Beach Resort) memang best..Best sebab tempat yang menarik, servis makanan yang ok..compare hotel yang aku penah pegi, servis mmg cukup baik sebab mereka memastikan makanan sentiasa ada dan cukup serta layanan yang amat baik.. Bilik yang kami duduk pula memang betul2 facing pantai,best kan! Pastu keluar dari bilik pulak, ada burung2 hornbill yang banyak bertenggek di dahan2 pokok... Very Nice! Selain ada pantai, ada jugak swimming pool. Aktiviti pantai seperti kayak,jet ski, snorkeling dll dh tentunya ada..best la.. Ha...,kepada anda yang bercadang hendak ke pulau ni..jangan lupa bawa sekali wau atau layang2..main di sini memang menyeronokkan sebab angin kuat.. Kira di sana ada ciri2 keistimewaannya yang tersendiri untuk dinikmati...

Waktu petang kami dapat saksikan pemandangan matahari senja..yang amat cantik... Itulah kenangan bercuti di Pulau Pangkor.. Daku akan bercerita tentang percutian lain pula pada lain muka, lain hari dan lain tempat pula hehehe...


No comments:

Post a Comment