Friday 15 June 2012

KELEBIHAN WANITA & DARI HADIS RASULULLAH S.A.W.

  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh.

  • Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat.

  • Dua rekaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rekaat solat wanita yang tidak hamil.

  • Wanita yang memberi minum susu dari badannya kepada anaknya, akan mendapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

  • Wanita yang melayan dengan baik suaminya yang baru pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

  • Wanita yang habiskan malamnya dengan tidak tidur selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba, akan diampunkan seluruh dosa-dosanya dan apabila dia hiburkan hati anaknya Allah akan memberi 12 tahun pahala ibadat.

  • Wanita yang melihat suaminya dengan penuh kasih saying dan suami yang melihat isteri dengan penuh kasih saying akan dipandang Allah swt dengan penuh rahmat.

  • Wanita yang memerah susu binatang dengan lafaz “Bismillah”, binatang itu akan mendoakan dengan doa keberkatan.

  • Wanita yang menggili tepung gamdum dgn lafaz “Bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

  • Wanita yg menyapu lantai dgn zikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

  • Wanita yg menjaga solat,puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu pun.

  • Wanita yg hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.

  • Wanita yg bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakansatu pahala haji.

  • Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia dikira sebagai mati syahid.

  • Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat

  • Jika wanita menyusui anaknya sehingga cukup tempoh 2 tahun, maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

  • Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami apabila disuruh akan mendapat 7 tola perak.

  • Wanita yg meninggal dalam keredhaan suami akan memasuki syurga.

  • Jika suami mengajar isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

  • Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan dating sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

  • Wanita yg menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, serta menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada takut.

  • Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yg lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kpd Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa arang yg penyayang tidak akan sia-sia”

  • Apabila seseorang wanita hamil maka beristigfarlah seluruh malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya 1000 kebajikan dan menghapuskan 1000 kejahatan.

  • Wanita yg taat kepada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semua beristigfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan menjaga solat dan puasanya

  • Daripada Aisyah r.a., “ Sesiapa yg diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepadanya, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka”.

  • Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

No comments:

Post a Comment