Monday 11 June 2012

Suntikan Kolagen

Daku berasa terpanggil untuk berkongsi tentang apa itu kolagen dan suntikan kolagen sebenarnya. Melihatkan kepada fenomena orang2 muda sekarang dan ada juga saudara dan sahabat terdekat yang gemar membuat suntikan kolagen yang katanya suntikan memberi kesan lebih cepat berbanding mengambil produk2 minuman yang mengandungi kolagen.

Kolagen banyak dikaitkan dengan bahan ramuan yang berkaitan kesihatan dan kecantikan. Apa itu kolagen? Kolagen adalah sejenis fiber protin dimana terdapat banyak pada badan haiwan, dan ia merupakan elemen utama dermis dan tisu penghubung. Sesetengah kolagen yang digunakan untuk tujuan perubatan dan kosmetik diekstrak (dihasilkan) daripada tulang dan kulit haiwan. Kebanyakan kolagen dipasaran hari ini dihasilkan daripada haiwan seperti lembu dan khinzir.

Pengguna juga kini ada pilihan untuk memilih kolagen yang diperbuat daripada sumber marin dan tumbuhan contohnya dari ikan tilapia dan lobak merah yang lebih diyakini status halalnya.

Kolagen banyak digunakan tujuan produk makanan kesihatan, kosmetik dan perubatan. Sebagai pengguna kita harus berhati-hati dalam menggunakan produk berasaskan kolagen ini. Penentuan sumber haruslah menjadi keutamaan iaitu jika dari khinzir ia jelas haram, manakala dari sumber lembu atau bovine mestilah dipastikan disembelih mengikut hukum syarak.

Cara yang mudah dan selamat sebagai pengguna adalah memilih produk yang mengandungi kolagen pastikan ada logo halal JAKIM kerana telah disahkan proses penghasilan dan sumbernya menepati kehendak syarak.

Memanglah kalau diikutkan anda mempunyai cukup duit untuk membuat suntikan kolagen tersebut dari serendah RM80 hinggalah beratus2 ringgit tetapi selidiklah dahulu dari sumber apakah kolagen tersebut...Tidak dinafikan..memang kolagen yang harganya RM80 ini disuntik oleh doktor di klinik persendirian mereka. Kalau yang ingin menyuntiknya sendiri, kolagen yang sama ini dibeli dengan harga RM50 sahaja. Tambahan doktor yang mengesyorkan tersebut adalah yang berbangsa dan beragama bukan Islam, sudah semestinya tidak mengenal halal dan haramnya... Anda sendirilah sebenarnya yang patut menentukan apa yang terbaik untuk diri anda dan bukannya doktor. Doktor hanya menjalankan tanggungjawab dan tugasnya. Baik atau buruk kesan tersebut dalam jangkamasa panjang atau pendek adalah tanggunggan anda sendiri dan bukan doktor tersebut...

Daku banyak mencari dan mengkaji apa kebaikan kolagen. Ini kebaikannya :

- menambah baikkan keadaan kulit, tulang, gigi, kuku dan rambut
- meningkatkan ketegangan dan keknyalan kulit
- mengurangkan kedutan dan garis halus
- mengekalkan kelembapan kulit
- membantu penyembuhan luka dan mengurangkan parut
- memberi kesan anti penuaan
- meningkatkan penghasilan kolagen
- mencantikkan dan mencerahkan kulit
- mencantikkan bentuk badan
- kelihatan lebih muda
Atas alasan apakah mahu menyuntik kolagen????
Sekiranya untuk tujuan menghilangkan parut di badan, menghilangkan hitam2 di celah pelipat2 sana, sini dan sinun nun nun, tak bolehkah memilih alternatif lain seperti menyapu krim parut dan sebagainya. Setahu saya, begitu banyak di pasaran krim2 kecantikan dan kesihatan yang dijual, kenapa tidak memilih untuk membeli ubat berupa krim yang hanya si sapu pada kulit luar? Kenapa perlu disuntik ke dalam badan????? Tambahan pula ada yang ingin menghilangkan parut yang ada di bahagian badan dan bukan di muka. Adakah bahagian badan yang lain itu adalah aurat dan hanya untuk pandangan muhrim dan suami sahaja? Kenapa perlu menyuntik bagai? Setahu aku,diharuskan dalam agama seseorang itu menyuntik kolagen yang halal sekiranya ramai yang menegur muka seseorang tersebut kerana terdapat cela atau parut yang teruk yang membuatkan individu tersebut berasa malu berhadapan dengan orang. Satu lagi...Suntikan yang dilakukan bagi mendapat kecantikan semata-mata atau bagi tujuan penipuan ( gharar ) juga tidak diharuskan. Walaubagaimanapun, suntikan botulinm toxin type A atau botox untuk tujuan perubatan, dengan syarat ia dilakukan oleh pakar yang bertauliah adalah diharuskan mengikut kadar keperluan.


Adakah tujuan anda sebenarnya untuk kecantikan diri, bukan????
Ada juga di antara anda sebenarnya membangga2kan diri..mengatakan diri cantik, jadi perhatian ramai lelaki sebab anda mempunyai pipi sebegini sebegitu...ada itu,ini yang cantik...ianya selepas anda menyuntik kolagen.. Jadi yang sebenarnya betullah ianya untuk kecantikan semata-mata....Na'uzubillah... Mohonlah keampunan... Anda mengaku anda pandai dalam ilmu agama, mengenal semua perintah dan larangan Allah SWT tetapi...Jangan kerana semata-mata kolagen tersebut anda tergolong dalam orang yang melakukan perkara2 syubhah...


Wallahualam...

*******************************************************

Petua Mujarab Cara Hilangkan Parut di Muka dan Badan

Petua 1 Cara Hilangkan Parut di Muka dan Badan

Ambil biji asam jawa. Goring tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Insyaallah jika di amalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.

petua 2 Cara Hilangkan Parut di Muka dan Badan

Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Petua 3 Cara Hilangkan Parut di Muka dan Badan

Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Petua 4 Cara Hilangkan Parut di Muka dan Badan

Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas.

Petua 5 Cara Hilangkan Parut di Muka dan Badan

Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari.

Petua 6 Cara Hilangkan Parut di Muka dan Badan

Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan.

No comments:

Post a Comment