Sunday 1 July 2012

Bandar pelacuran yang dimusnahkan ALLAH..

Bandar Pompeii merupakan satu bandar di bawah pemerintahan Rom. Bandar ini merupakan satu contoh bandar yang maju pada mada itu kerana terdapat pelbagai kemudahan. Antara kemudahan yang ada ialah p...ejabat,mahkamah,perpustakaan,rumah ibadat dan colleseum.

Sebuah bandar yg dimusnahkan oleh Allah SWT akibat dari keingkaran mereka sendiri. Bandar itu berserta kaumnya pada tahun 79 AD telah musnah kerana gunung berapi yg tiba2 meletus tanpa amaran (tak sampai seabad selepas kedatangan Nabi Isa as, Nabi Zakaria as dan Nabi Yahya as).

Bandar Pompeii yang begitu hebat ini musnah dan ditimbus oleh lava, debu dan habuk selama hampir 1700 tahun lamanya ekoran letusan daripada gunung berapi Vesuvius pada sekitar 24 Ogos tahun 79 M dan hanya dijumpai semula sekitar tahun 1748 M. Letusan yang membawa kemusnahan dahsyat ini hanya mengambil masa kira-kira 2 hari.

Mungkin kerana dosa akibat perbuatan mereka yg mana buktinya telah banyak di jumpai pada arca2 lukisan dinding di bekas bandar Pompeii. Bandar itu rupanya adalah bandar pelacuran yg dipenuhi dengan aktiviti2 seks bebas sebagai rutin harian mereka. Mungkin kerana kelekaan mereka terhadap aktiviti berkenaan menyebabkan mereka tidak sempat lagi menyelamatkan diri.

Gambar2 fosil manusia yg dijumpai setelah penggalian di bekas bandar Pompeii akibat tertanam di bawah lahar gunung berapi. Dapat digambarkan bagaimana mereka terkejut dgn bala Allah yg tiba2 datang kepada mereka dan bagaimana kesakitan yg mereka tanggung akibat dari perbuatan mereka sendiri dan juga bagaimana mereka sedang leka dengan aktiviti di murkai oleh Allah itu.

Beberapa fakta penting dapat dipelajari tentang kehidupan penduduk bandar Pompeii ini:

Budaya 'Sadis' atau gemar pada kekejaman dapat dilihat pada hobi mereka mempertaruhkan nyawa manusia melalui pertarungan2 di gelanggang2 lawan, tak ubah seperti gelanggang ayam sabung. Para Gladiator dan pahlawan2 lainnya akan berentap sehingga salah satunya menemui ajal dan aksi ini dipertontonkan kepada seluruh rakyat serta menjadi sumber hiburan utama. Ada kalanya, manusia dipertarungkan dengan singa atau harimau. Alangkah buruknya hobi dan kegilaan mereka ini! Malah dikatakan, bandar Pompeii memiliki colosseum (gelanggang lawan) yang kedua terbesar selepas bandar Rom itu sendiri.

Sistem perhambaan dan penindasan yang teruk digambarkan pada lukisan2 dan manuskrip, malah pada barang2 kemas pada tinggalan rangka mayat dipercayai hamba sahaya yang tertulis kata2 seperti 'From Master to His Slave'. Nasib hamba abdi begitu buruk sekali dan nyawa mereka juga tidak bernilai di mata masyarakat
Pelacuran, Homoseksual serta Pesta Seks keterlaluan yang mengundang kehancuran kepada moral, juga kemurkaan Allah S.W.T terhadap penduduk bandar ini. Bandar ini digambarkan seperti pusat istirehat di Zaman Rom dan terkenal dengan budaya tercela ini

Dalam bukunya, Harun Yahya juga menyimpulkan bahawa nasib yang menimpa penduduk Pompeii ini persis sekali dengan nasib yang menimpa kaum Nabi Lut A.S.

'Tidakkah mereka memperhatikan berapa banyak generasi sebelum mereka yang telah Kami binasakan, telah kami teguhkan kedudukannya di bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu. Kami curahkan hujan yang lebat utk mereka dan Kami jadikan sungai2 mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa2 mereka sendiri, dan Kami ciptakan generasi yang lain sesudah generasi mereka' (6:6)
 

No comments:

Post a Comment