Friday 15 June 2012

Santau atau Sihir dan Cara Ubati

Alhamdulillah...saya ada belajar perkara baru secara langsung di tv3 dalam rancangan Al-Kulliyah daripada Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie. Walaupun tajuk yang dibahaskan dikaca tv adalah racun halus, namun apa yang dikupas oleh Ustaz Sharhan adalah amat baik untuk anda semua pelajari. Bukan apa, kita dapat tahu perkara ini supaya kita dapat amalkan prinsip “Mencegah lebih baik daripada merawat’. Jikalau ada daripada anda yang pernah terkena buatan sihir ini adalah amat disarankan berjumpa terus dengan Ustaz Sharhan untuk rawatan lanjut.
Apa yang saya pelajari dari rancangan tersebut adalah sebagai seorang muslim kita seharusnya mengelakkan dari melakukan perbuatan keji dan hasad dengki terhadap orang lain dan amalan syirik berbomoh dan tangkal adalah amat-amat dilarang dalam Islam. Caranya juga adalah salah jika kita menyihir orang yang kita tak suka (bukan itu caranya). Dalam hal lain juga Ustaz Sharhan menceritakan jenis-jenis racun halus yang dihantar atau dibuat kepada diri kita supaya kita tidak dapat diselamatkan seperti santau makan, santau angin dan lain-lain lagi. Antara amalan yang korang perlu lakukan adalah seperti doa dibawah yang saya cari youtube yang juga diberitahu oleh Ustaz Sharhan
Dalam rancangan juga Ustaz Sharhan ada membuat demo perubatan orang terkena santau angin dan hasilnya kaca-kaca dan paku telah termuntah keluar dari wanita tersebut. Secara LIVE. Apa yang diberitahu Ustaz Sharhan adalah bukan sahaja paku dan kaca, pisau gillete juga pernah keluar dari mulut pesakit beliau. Itulah jawapan bagi penyakit hidung berdarah, mata berdarah yang mana di hospital doktor tidak dapat mengesyaki penyakit apakah yang dihadapi oleh pesakit-pesakit kronik racun halus ini.
Antara tanda-tanda awal anda terkena santau dan sihir adalah seperti berikut;
  • Batuk yang berlarutan (bukan seminggu tapi bertahun-tahun)
  • Batuk yang terkeluar darah
  • Sentiasa sakit dekat tulang belakang
  • Lemah sendi-sendi utama
  • Bagi perempuan – period yang tak menentu
  • Nafas yang berbau
  • Bawah matanya biru (macam orang tak cukup tidur)
  • Kuku-kuku menjadi biru
  • Terasa gatal-gatal dan miang
Perkara di atas adalah tanda-tanda awal ketika anda jaga dan bagaimana pula ketika tidur?
  • Mimpi dipatuk ular – terkena sihir
  • Mimpi terjatuh dari tempat tinggi
  • Mimpi dikejar binatang berbisa
  • Benda-benda tajam yang mengancam di dalam mimpi
  • Mimpi bayi (yang ini aku tak berapa pasti)
  • Bangun pada waktu pagi dan ada lebam-lebam pada tubuh badan (bagi yang berumah tangga, tanya suami/isteri anda dulu sebelum buat keputusan =P)
Perkara-perkara di atas antara beberapa aspek penting yang sempat saya salin ketika menonton Al-Kulliyah tersebut. Diharap anda semua boleh mendapat manfaat daripada apa yang saya kongsikan di sini. Yang mana terkurang tu mintak maaf la ye.
1. Saya tidak ada kebolehan/ ilmu untuk mengetahui sama ada seseorang itu terkena buatan/ khianat orang ataupun tidak.
2. ‘Terkena buatan orang’ memang boleh berlaku. Maksudnya ada (memang wujud) ilmu-ilmu tertentu untuk mengenakan orang lain.
3. Terkena buatan orang melalui makanan biasanya berkaitan dengan santau.
4. Lenguh-lenguh badan juga ada kalanya akibat buatan orang. Tapi lenguh-lenguh badan yang biasa berlaku ialah akibat masalah kesihatan dalaman ataupun gangguan jin/ syaitan.
5. Banyak perawat yang temberang. Mereka akan mengatakan kita terkena buatan orang untuk melahirkan rasa ketakutan kita, dan kebergantungan kita kepadanya. Dengan itu lebih mudah untuk dia buat duit, ambil kesempatan dan sebagainya. Jadi berhati-hatilah.
6. Bagaimana cara seseorang perawat tahu pesakitnya terkena buatan orang?
i) Melalui petunjuk/ ilham dari Tuhan. Sandarannya agak kukuh, tapi jarang berlaku. Ada juga yang tidak mendapat petunjuk tetapi mengaku dapat. Ada pula yang mendapat petunjuk dari syaitan tetapi difikirkannya petunjuk dari Tuhan.
ii) Melalui pengalamannya merawat kes yang simptomnya lebih kurang sama sebelum ini. Jadi perawat mengagak-agak. Sandarannya tidak kukuh.
iii) Melalui jin-jin yang boleh dihubungi oleh perawat. Jin-jin ini akan mendapatkan maklumat daripada jin-jin lain lalu menyampaikannya kepada perawat. Sandarannya lemah kerana mungkin terjadi kekurangan maklumat ataupun penipuan oleh jin-jin.
iv) Perawat tak tahu pun. Sengaja dia menipu kita.
7.Tak berapa penting untuk tahu sama ada kita dibuat orang ataupun tidak. Yang paling penting ialah merawat masalah yang dihadapi dan membina benteng diri. Jadi kita utamakan yang paling penting itulah. Jika kita berikhtiar mendapatkan rawatan/ merawat sendiri insyaallah masalah itu akan hilang. Dan jika kita berikhtiar mengukuhkan benteng diri, insyaallah kita akan selamat sama ada dibuat orang ataupun tidak. Ringkasnya, berusaha untuk mengetahui sama ada kita dibuat orang ataupun tidak, tidak membantu kita.
8. Tugas utama perawat ialah untuk memulihkan sakit kita dan membantu kita membina benteng diri, bukannya memberitahu sama ada kita terkena buatan orang ataupun tidak. Secara peribadi, saya kurang nampak faedah untuk tahu perkara tersebut.
Kesimpulannya, saya sarankan anda nasihatkan teman anda agar berikhtiar memulihkan sakit lenguhnya dan membina benteng diri yang kukuh. Tak perlu ambil tahu sama ada kita dibuat orang ataupun tidak. Dalam banyak kes, ramalan si bomoh melahirkan permusuhan antara pesakit dengan orang lain. Maklumlah, selepas diberitahu yang kita terkena buatan orang, kita pun mulalah syak orang itu orang ini.
Dan saya ada satu amalan ringkas tapi begitu berkesan. Setiap hari selitkan doa ini dalam doa-doa harian kita. Guna bahasa Melayu saja sudah cukup.
“Ya Allah, Engkau patah balikkanlah segala rancangan jahat makhluk-makhluk yang berniat jahat kepada aku/ kami, kepada diri mereka sendiri dengan segera.”
Dengan doa ini sebagai ikhtiar kita, insyaallah kemungkinan untuk kita terkena buatan orang adalah kecil.



UJIAN MENGESAN JIN DALAM BADAN adalah dengan mendengar MP3 RUQYAH SYARIAH


PROSEDUR RAWATAN ISLAM SUPAYA CEPAT SEMBUH DARI GANGGUAN JIN

1) Istiqomah menjalani rawatan ruqyah dari perawat 2 minggu sekali sebanyak 3x sesi.

2) Minum sebanyak mungkin setiap hari air ruqyah.

3) Mandi air ruqyah menggunakan daun bidara dan ais setiap petang.

4) Spray air ruqyah seluruh kawasan dalam dan luar rumah setiap maghrib.

5) Pasangkan CD Ruqyah setiap maghrib secara ulang-ulang hingga pagi setiap hari.
Perhatikan setelah selesai...jika anda batuk,berpeluh-peluh,terasa mual,jantung berdegup kencang,terasa berdebar-debar,ada benda bergerak-gerak dibawah kulit,sendawa,mengantuk,pening dan menguap..maka sahlah badan anda dihuni JIN.

6) Makan 7 biji kurma ajwa setiap pagi selama sebulan.

7) Lakukan solat hajat dan baca yasin tiap-tiap malam pas isyak.

8) Dapatkan rawatan bekam sihir/al hijamah 2 minggu sekali sehingga 3x sesi.




SENARAI AYAT RUQYAH


1 Al-Fatihah
2 Al-Baqarah 1-5
3 Al-Baqarah 102
4 Al-Baqarah 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6 Al-Baqarah 285-286
7 Ali-Imran 18-19
8 Al-'Araf 54-56
9 Al-'Araf 117-122
10 Yunus 81-82
11 Toha 69
12 Al-Mukminun 115-118
13 As-Soffaat 1-10
14 Al-Ahqaaf 29-32
15 Ar-Rahman 33-36
16 Al-Hasyr 21-24
17 Al-Jin 1-9
18 Al-Ikhlas
19 Al-Falaq
10 An-Naas
Wallahualam.


1 comment:

  1. How to Play Casino: Easy Guide to playing slots on
    Casino games are played by 4 players, the average time they take turns is around novcasino 14:20. 토토 The septcasino.com house https://sol.edu.kg/ is divided into three distinct categories: the house

    ReplyDelete