Friday 22 June 2012

Macam2 Resepi Masakan


Puding Biskut Marie
5 biji telur (pukul sekejap)
400gm biskut marie - di patah 2 (Chetam guna perasa Kopi)
1 cawan gula (boleh kurangkan)
1/2 cawan serbuk koko (diayak)
1 tin susu cair
3 hingga 4 sudu butter

Sediakan kuali. Masukkan susu cair, gula dan serbuk koko. Nyalakan api. Kacau sehingga serbuk koko bergaul rata dengan susu dan gula. Apabila dah mendidih, masukkan butter. Kacau hingga butter cair. Kemudian masukkan telur yang telah dipukul. Perlahankan api. Kacau sehingga sebati. Masukkan biskut marie. Tutup api. Gaul sehingga keseluruhan biskut marie dilitupi coklat.

Sediakan loyang yang dilapik dengan kertas minyak. Kaup adunan ke dalam loyang. Tekan dengan senduk plastik sehingga mampat. Masukkan dalam peti sejuk sehingga keesokan hari.

Topping
1/2 buku butter
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko

Masak secara double boiler. Boleh dituang ke atas puding.

Nota Kaki Chetam: Topping di atas ni boleh dikurangkan sebab Chetam pun guna lebihan dari menghias kek yang lain.

BITTERBALLEN NASI
Sumber : Majalah Sedap

BAHAN-BAHAN:
2 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu makan tepung gandum
150 ml air
1 ketul kiub ayam (boleh kurangkan kpd ½ kiub jika tak nak rasa masin)
3/4 sudu teh garam
¼ sudu teh serbuk lada sulah
300 gm nasi putih
25 gm lobak merah - dipotong dadu dan direbus
25 gm sayur buncis (5 batang) - direbus dan dihiris halus
30 gm keju parut
2 sudu makan marjerin untuk menumis
Minyak untuk menggoreng

BAHAN SALUT:
1 biji telur
75 gm tepung goreng serbaguna

CARA-CARA:
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan tepung gandum. Kacau sehingga berketul²..
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga licin..
3. Masukkan kiub ayam dan lada sulah.. Kacau lagi..
4. Masukkan nasi, lobak merah, buncis dan keju.. Kacau sehingga bergumpal..
5. Bantukkan bulat dan celupkan di dalam telur dan gulingkan di atas tepung goreng.. Lakukan sekali lagi.. (Ayu golekkan sekali jerk semalam sbb tak baca arahan dengan betul.. ekekekeke.. sib baik cantek jek masa goreng tu.. tak berderai pun.. huhuhu..)
6. Goreng sehingga kuning keemasan..

TIPS AYU:
Seelok²nya kepal nasi tu time dia panas².. cantek jerk kepalannya bersatu..

DAGING MASAM MANIS
Sumber: Mami Asmah Laili

Bahan A:
1 kg daging- potong ikut suka * I rebus dagingnya
100 gm gula melaka- dihiris
50 gm asam jawa diramas dgn semangkuk air dan ditapis * I guna lebihan air rebusan
1 cawan minyak masak
Garam Secukupnya

Bahan B:
20-25 biji lada kering - gunting dan rendam
3 biji bawang besar * I guna 4 biji
10 ulas bawang merah * I tak guna sebab tak ada
1/2 ibu jari kunyit
5 ulas bawang putih
2 sudu teh ketumbar biji
1 sudu teh jintan kasar

Kisar halus semua bahan B. Gaul rata rempah dgn bahan A kecuali minyak. Perap selama 15-30 minit.

Panaskan minyak. Masukkan daging yg telah diperap. Masak hingga daging lembut dan kuah pekat


KEK GULA HANGUS PUAN HALIMAH
Sumber: Kak halimah

Bahan untuk gula hangus
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega

* Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

Bahan untuk kek
4 biji telor
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila

Cara-caranya
Pukul telor sampai kembang & pekat.
Masukkan susuu pekat - Mixer hingga rata.
Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
Tuang kan esen vanilla.
Last kekali, masukkan gula hangus tadi.

Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.

Dibakar selama 60 mnt suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas dan bawah.

Step 1 – masakkan gula hingga cair

Step 2 – gula dah mulai mencair dan berubah colour, bolehlah masukkan air panas skit demi skit

Step 3 – masukkan butter dan tunggu hingga kesemuanya cair dan ketepikan seketika

Step 4 - Pukul telur hingga kembang

Step 5 – Masukkan susu pekat dan pukul sebati

Step 6 – Curahkan dlm blender dan pressssss sekejap

Step 7 – Masukkan tepung skit demi skit dan presssssssss, biarkan selama 3 jam

Step 8 – Bila dah 3 jam, colour adunan berubah, mungkin tindakbalas gula hangus tadi kot…

Step 9 – Tuangkan adunan dalam loyang yang sesuai dan kacau supaya tepung tak mendap dan bolehlah dibakar selama 1 jam dengan api bawah…lagi 5’ nak masak guna api atas saje…Maklang guna loyang 5x5 sbb loyang kecik lagi akder…jadi kek tak baper tinggi.

Bila dah masak, kek memang tak nampak gelap colournya tapi dan betul2 sejuk kita akan dapati kek berubah menjadi coklat kehitaman. (Maklang terangkan skit gambar ni ye sbb kenkawan dapat melihat rongga kek tersebut).
 
TEPUNG UNTUK MENGGORENG PISANG/ KELEDEK DLL
Bahan-bahannya
75 gram tepung naik sendiri
60 gram tepung beras
1 camca besar tepung jagung
sedikit serbuk kunyit/ pewarna kuning
garam secukupnya
gula secukupnya (jika mahu)
sedikit air kapur (anggaran 1 sudu kecil - jangan terlalu banyak nanti pahit)
130 ml air
3 - 5 ketul ais (jangan terlalu banyak takut adunan cair)
Cara-caranya
Satukan bahan kering didalam mangkuk. Buatkan lubang di tengahnya, tuangkan air sambil gaul hingga sebati. Bila pekat dan boleh menyalut belakang sudu, biarkan bancuhan selama 10-15 minit. Pastikan minyak untuk menggoreng banyak dan cukup panas supaya pisang digoreng menjadi keemasan dan tidak menyerap minyak. Selepas bancuhan diperab untuk 10 - 15 minit dan minyak cukup panas, masukkan anggaran 3 - 5 ketul ais dalam adunan dan celup pisang dalam bancuhan dan terus goreng. Insyallah pisang akan menjadi ranggup
walaupun telah sejuk.

DAGING MASAK HITAM MANIS MAKLANG
Resipi masa kawin dulu..memang sedap, diakui oleh ibu mertuaku...hihihi..
Bos pun puji siap mintak resipi sbb ada rasa mamak style.Cubalah..
Bahan-bahannya
1/2 kg daging btg pinang } direbus bersama kicap,campur air sikit jer.
1/2 cwn kicap cap kipas udang } rasa sedap dari yg lain, bukan nak promote.
3sb Jintan manis}
3sb Jintan putih}digoreng sekejap lepas tu blend kasi halus
3 bijiBwg merah }
3 biji Bwg putih }dikisar
1" Halia }
2 sb Cili kisar } ikut kepedasan sendiri
Rempah ratus } bunga lawang,kulit kayu manis,buah pelaga
Cara-caranya
Daging yg direbus bersama kicap tadi dihiris nipis, air rebusan daging jangan dibuang.Masukkan sebhg jintan yg diblend tadi dan juga sebhg. bwg yg dikisar bersama halia.Gaul daging bersama bahan2 tadi dan goreng sekejap aje. Sekarang, lebihan minyak tadi gunakan utk menumis baki jintan dan bawang2.Masukkan cili kisar,kacau.Kemudian masukkan daging dan air rebusan.Kacau sebati sehingga kuah agak pekat.Siap.Sedap dimakan bersama nasi minyak,nasi putih...yummyyyyy..
Peringatan : Jangan guna garam dalam masakan ini sebab dengan adanya kicap sudah memadai. 
LAKSA GORENG MALAYA KELUARGA DIANA
Bahan-bahannya
2 kg mee laksa, dicelur dengan air panas dan ditoskan
20 ekor udang
250 gram daging, dipotong nipis
2 ikat sayur sawi, dipotong panjang 3 inci
1/2 cawan air
1/2 cawan bawang goreng
secukup telur didadar dan dihiris halus
garam secukup rasa
gula secukup rasa
serbuk perasa jika suka
secukup minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar
25 tangkai lada kering
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 cawan taucu, dicuci dan toskan
1/2 cawan udang kering

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan air kedalam rempah bersama daging. Masak sehingga daging bertukar warna dan masak.
3. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa bersama udang. Gaul rata.
4. Masukkan pula sayur sawi dan mee laksa. Gaul rata. Angkat dan hidangkan. Hiaskan dengan bawang goreng, hirisan daun sup dan telur yang telah dipotong halus.

BIHUN GORENG SPECIAL
Bahan-bahannya
Bihun (direndam hingga lembut)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cili kisar/cili boh

Bahan A
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
4 sudu besar air asam jawa
Garam/Gula
Sayur Sawi/Taugeh
Udang - dibuang kulit
Ayam - dipotong kecil2

Bahan Hiasan
Lada Merah
Telur Dadar - didadar nipis, gulung dan hiris
Timun Batang

Tumbuk bawang dan tumiskan hingga naik bau. Masukkan cili boh. Kacau. Kemudian masukkan semua bahan A. Kacau hingga sebati. Masukkan ayam, udang, garam dan gula. Biar sebentar hingga masak. Kemudian, masukkan bihun tadi, gaul hingga rata. Akhir sekali masukkan sayuran dan bolehlah dihias dengan bahan-bahan hiasan tadi.

Makaroni Goreng
Bahan-bahan
  • 1 Pack makaroni
  • 3 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 tangkai cili kering
  • 3 biji tomato
  • 500ml air
  • 300 gm udang
  • jagung muda
  • sweet peas
  • sos tomato & sos cili
  • garam & gula
Cara-cara
  • Blend bawang besar + 2 ulas bwang putih + cili kering yang telah direbus
  • Rebus makaroni dalam air mendidih yg dicampur minyak dan sedikit garam sehingga al dente
  • Blend tomato dengan air untuk menjadikan jus tomato
  • Tumis 3 ulas bawang putih yg telah dicincang sehingga naik bau
  • Masukkan cili blend dan tumis lagi sehingga garing. Masukkan udang dan goreng selama 3 minit.
  • Masukkan pula jus tomato + sos cili dan sos tomato. Biarkan mendidih selama 3 minit.
  • Masukkan sayur2, gula, garam dan makaroni. Kacau sebati sehingga makaroni meresap kuah tadi..
  • Siap untuk dihidangkan!
RESEPI MAKARONI TELUR
Bahan-bahan:
100 gram macaroni – direbus mengikut panduan pada paket
100 gram daging kisar
100 gram keju parmesan
80 gram mentega – cairkan
5 biji telur ayam
2 ulas bawang putih
3 sudu makan minyak masak
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada putih
Sedikit krim putar
2 batang daun bawang

Cara penyediaan:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging dan kacau hingga masak.
Masukkan macaroni dan kacau rata.
Masukkan bahan-bahan lain kecuali 3 biji telur. Gaul rata, tutup api dan ketepikan.
Panaskan kuali leper dan sapukan sedikit minyak.
Pukul telur dan buat telur dadr yang nipis dan lebar.
Tuang campuran macaroni pada telur dadar dan bungkus. Ikat dengan menggunakan daun bawang.
Sedia untuk dihidangkan.


MAKARONI BAKAR BERKEJU
Bahan-Bahan:
475 ml susu segar
1 helai daun bay
secubit serbuk buah pala
50 g mentega
40 g tepung
175 g cheese Parmesan atau Cheddar (atau campuran kedua-dua) - (grated)
40 g serbuk roti
450 g macaroni (atau pasta yang pendek)
secubit garam
sedikit serbuk lada hitam

Cara:
Untuk membuat "bechamel sauce" :
Panaskan susu dan daun bay di dalam periuk kecil dengan api perlahan. Awas, jangan biarkan ia mendidih. Ketepikan.

Cairkan mentega di dalam periuk. Masukkan tepung, sebatikan. Masak selama 2-3 minit. Hati-hati agar tidak hangit. Tapiskan campuran susu tadi dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Sebatikan dan gaulkan perlahan. Masak sehingga mendidih, kacau selalu. Masak selama selama 4-5 minit. Masukkan sedikit garam dan lada hitam dan serbuk buah pala. Padamkan api dan masukkan 30 ml cheese dan kacau hingga cheese cair dan sebati.

Panaskan oven 200 darjah C (400 darjah F). Sapukan sedikit mentega pada bekas casserole (oven proof) dan taburkan sedikit serbuk roti.

Sambil itu, rebus pasta dengan air yang dimasukkan sedikit minyak dan garam (atau salted butter) sehingga 3/4 masak atau "al dente". (Tip : kurang sedikit daripada masa yang dianjurkan di paket).

Buang air rebusan pasta dengan penapis. Masukkan ke dalam "sos bechamel" tadi, gaul rata. Masukkan ke dalam bekas casserole. Taburkan serbuk roti dan baki cheese tadi. Bakar selama 20 minit sehingga kekuningan dan cheese membuak.

Daging Goreng Halia

Bahan-bahan ( 2-3 org makan

  • 350 gram daging lembu (direbus dan dihiris nipis)
  • 1/2 buku halia saiz sederhana
  • 1/4 bwng besar
  • 2 biji bawang putih
  • 2 biji cili hijau (piman) dihiris panjang boleh juga gunakan lada benggala hijau
  • 2 sudu sos tiram
  • sedikit garam
Cara-cara
  1. Mula-mala kisar halia, bwng besar dan bwg putih hingga hancur, kemudian tumis hingga naik bau, masukkan sos tiram dan dan daging, jika terlampau kering masukkan sedikit air, setelah kuah agak pekat baru masukkan cili hijau (piman), sesuaikan rasa dan angkat, diingatkan jgn biarkan cili hijau terlampau lama, agak-agak dah layu terus tutup api. sedia utk dihidangkan
Sambal daging dan kentang
Bahan-bahan ( 3 orang makan )
  • 300gram daging (top side) gihiris halus
  • *10 biji cili kering
  • *1 biji bawang putih
  • *2 biji bawang merah
  • *1/2 inchi halia
  • 1 biji bawang besar -hiris bulat
  • 1 cawan air asam jawa
  • gula, garam dan perasa sekucupnya
  • 1 biji kentang dibelah dua kemudian dihiris
  • Cara-cara
  1. rebuskan cili kering, potong dulu supaya biji cili keluar
  2. selepas rrebus cili, kisarkan bersama bahan2 bertanda *
  3. panaskan minyak dalam kuali, goreng dulu kentang , angkat dan tumiskan bahan2 yang di kisar tadi hingga naik bau
  4. setelah itu masukkan daging dan air asam jawa
  5. klecilkan api, biarkan dalam 15-20 minit, kalau kering tambahkan air asam jawa lagi hingga daging empuk
  6. bila dah empuk, masukkan kentang dan bawang besar, garaam dan perasa , gaul sebati, kemudian masukkan gula secukup rasa
Daging Masak Merah
Bahan-bahan ( 6-7 org )
  • 1 kilo daging lembu-di potong nipis2
  • 3 biji bawang besar *
  • 5 biji bawang putih *
  • 1 inci halia *
  • 2 batang serai *
  • 1 inci lengkuas *
  • 2 senduk besar cili kisar
  • 4 sudu mkn tomato puri
  • 1/2 tin susu cair
  • kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang,buah pelaga.
  • minyak utk menumis
  • garam dn gula secukup nya
  • Cara-cara
  1. Kisar bahan2 yg bertanda*hingga halus.
  2. Panaskan minyak dlm kuali tumiskan kayu manis,b.lawang,b.cengkih dn b.pelaga.Lalu masukkan bahan2 kisar hingga wangi,masukkan pula cili kisar dan tumis hingga masak. Masukkan tomato puri kacau hingga rata.
  3. Masukkan daging kacau hingga sebati tmbahkn air sedikit2 hingga daging empuk.
  4. Akhir sekali masukkan susu cair,garam dn gula.Masak sebentar hingga pekat kuahnya.
  5. Hidangan dah pun siap enak d makan dng pelbagai nasi dan roti.Selamat mencuba...
Daging goreng madu
Bahan-bahan ( 6 orang )
  • 500g daging (hiris)
  • 2 cm halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji cili hijau
  • 1 biji cili benggala
  • 3 s/b madu hitam/biasa
  • 1 s/b kicap pekat
  • 1 s/k serbuk kunyit
  • garam
  • 1 s/b sos tiram
Cara-cara
  1. rebus daging hingga empuk bersama sedikit garam dan kunyit
  2. bila dah kering masukkan sedikit minyak, bawang, halia dan cili
  3. masukkan kicap, madu, sos tiram dan sedikt garam
  4. Dah siap dan boleh dihidangkan bersama nasi putih.
Rendang Lebaran
Bahan-bahan ( 8-10 oreng )
  • 1 ekor ayam - dipotong kecil
  • 1 sk kunyit serbuk
  • 2 sb pes cili
  • 1 sb kicap cair
  • 10 tangkai cili kering*(tambah cili padi jika suka pedas)
  • 12 ulas bawang kecil*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 3 batang serai*
  • 2.5 cm halia*,1 hiris lengkuas* (*dikisar halus)
  • 2 sb ketumbar biji**
  • 1 sb jintan halus**
  • 1/2 sb jintas kasar** (**sangar dan kisar halus)
  • air atau air rebusan ayam secukupnya
  • garam,gula melaka secukup rasa
  • sedikit air asam
  • minyak utk menggoreng ayam dan menumis.
  • santan pekat drp 2 biji kelapa dijadikan tahi minyak
  • 1 helai daun kunyit - dihiris atau siat2
  • 3-4 helai daun limau purut
  • Klik di sini untuk isi bahan
  • Cara-cara
  1. ayam diperap bersama serbuk kunyit,pes cili dan sediit garam selama 1/2 jam.Goreng hingga 3/4 masak dan ketepikan.
  2. Panaskan secukup minyak masak dan tumis bahan2 yang dikisar * hingga garing.Masukkan daun2 dan tumis hingga wangi.
  3. Tambah sedikit air/air rebusan ayam dan kacau rata.Masukkan pula jintan ketumbar yang dikisar tadi dan kacau rata.Tambah gula melaka,kicap cair,air asam dan tahi minyak dan kacau rata lagi.
  4. Masukkan ayam goreng dan kacau sebati dan masak atas api perlahan hingga pekat.
Kari Daging Istimewa
Bahan-bahan ( 4-5 org )
  • 1/2 kilo daging lembu-dipotong ikut suka
  • 1 biji bwg besar*
  • 3 ulas bwg putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1/2 inci kunyit basah*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 2 btg serai*
  • 4 sudu mkn kari daging-kita guna BABAS
  • 3 sudu mkn cili kisar
  • 2 sudu mkn tomato puree
  • 1 biji tomato-di potong 4
  • 2 biji kentang-di potong baji
  • minyak utk menumis,garam dan sedikit gula
  • Cara-cara
  1. Kisar bhn2*,panaskan minyak dlm kuali/periuk dan tumis bhn2 bertanda*sebentar lalu masukkan cili kisar hingga wangi.
  2. Masukkan pula serbuk kari,tumis hingga naik minyak lalu masukkan tomato puree,kacau hingga wangi tambah sedikit air dan masukkan daging.
  3. Bila daging hampir msk masukkan kentang,biar msk kesemuanya,boleh tambah sedikit air klu mahu.
  4. Masukkan garam dan sedikit gula dan masukkan tomato,renihkan sebentar dan boleh tutup api.
  5. Kari daging istimewa ini agak pekat sedikit dr kari biasa,enak di mkn dgn berbagai jenis nasi dan juga roti perancis,selamat mencuba...: )
Ayam goreng rangup
Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 2 keping isi dada ayam
  • garam dan serbuk lada putih secukupnya
  • [ BAHAN PERAP ]
  • * 40-50ml Sos tiram
  • * 35g bawang besar yang diparut
  • * 1 sudu kecil bawang putih yang diparut
  • tepung secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
  • Cara-cara
  1. Bersihkan ayam. Potong kecik-kecik atau ikut suka anda.
  2. Gaul ayam dengan garam dan serbuk lada sulah
  3. Perap dalam [ * ] yang telah digaul rata. Masukkan ke dalam peti ais selama 30 minit.
  4. Keluarkan dari peti ais. Salutkan dengan tepung. Dan goreng dalam minyak panas dengan api sederhana sehingga perang.


  5. Ayam masak sambal
    Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 1/2 ekor ayam
  • 1 batang serai ( dititik)
  • (Bahan Kisar)
  • *4 ulas bawang putih
  • *8 cili kering ( ikut suka kalau nak lebih pedas)
  • *1 inci kunyit hidup ( boleh guna kunyit serbuk juga)
  • *sedikit belacan
  • (Bahan Hiasan)
  • *1 biji tomato ( dibelah 4)
  • *2 batang kacang bendi ( potong ikut suka)
  • *sedikit gula, garam dan perasa
  • *sedikit air asam jawa dan air.
  • Cara-cara
  1. Bersih ayam dan potong kecil-kecil. Lumurkan dengan sedikit garam.
  2. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga garing.
  3. Masukkan ayam, air asam jawa, garam, gula dan perisa serta sedikit air.
  4. Akhir sekali masukkan tomato dan kacang bendi apabila ayam separuh masak.
  5. Kemudian masak ayam sehingga masak sepenuhnya.
  6. Hidangkan dengan nasi putih yang masih panas.
  7. P/S : Ayam juga boleh digantikan dengan sotong atau isi ayam sahaja. Cubalah, anda akan rasa kenikmatannya.

No comments:

Post a Comment