Tuesday 12 June 2012

Senyumlah...

Sesungguhnya kita sangat memerlukan kepada senyuman, wajah yang ceria, hati yang lapang, akhlak yang menawan, jiwa yang lembut dan keramahan:

Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku (Muhammad)agar kalian bersikap tawaduk hingga tidak ada seorang pun yang berbuat zalim terhadap orang lain dan tidak ada seorang pun yang berlaku angkuh terhadap orang lain. (Al-Hadis)

Jangan Bersedih; kerana anda telah melalui kesedihan itu kelmarin dan dia sama sekali tidak mamberi sebarang manfaat pun. Ketika anak anda gagal dalam ujian dan anda bersedih kerananya, apakah kemudiannya dia akan lulus kerana kesedihan itu? Ketika bapa anda meninggal dunia dan anda bersedih, apakah kemudiannya dia akan hidup kembali? Ketika perniagaan anda mengalami kerugian dan kemudian anda bersedih, apakah kemudiannya kerugian itu akan berubah menjadi keuntungan?

Jangan Bersedih; kerana kesedihan anda terhadap sesuatu musibah akan menciptakan berbagai musibah lainnya. Ketika anda bersedih kerana kemiskinan atau kesengsaraan yang anda alami, bukankah kesedihan itu akan menambahkan kesusahan anda? Ketika anda bersedih kerana cercaan musuh-musuh anda, pastilah kesedihan itu hanya akan menguntungkan dan menambahkan semangat mereka untuk menyerang anda. Atau, anda cemas ketika terjadi sesuatu yang anda tidak sukai, ia akan mudah terjadi kepada anda.

Jangan Bersedih; kerana kesedihan anda itu akan membuatkan rumah yang luas, isteri yang cantik, harta yang melimpah, kedudukan yang tinggi dan anak-anak yang cerdas, semuanya tidak akan terasa manfaatnya sedikit pun.

Jangan Bersedih; kerana kesedihan hanya akan membuatkan air yang segar terasa pahit dan sekuntum bunga mawar yang indah kelihatan layu, kebun yang menghijau kelihatan seperti gurun pasir yang gersang dan kehidupan dunia terasa bagai dipenjara.

Jangan Bersedih; kerana anda masih memiliki dua mata, dua telinga, dua bibir, dua tangan dan dua kaki, lidah dan hati, kedamaian, keamanan dan kesihatan tubuh badan.

Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan. (Ar-Rahman :13)

Jangan Bersedih; kerana anda masih memiliki agama yang anda yakini kebenarannya, mempunyai rumah sebagai tempat tinggal, makanan untuk dimakan, air untuk diminum, pakaian untuk dipakai dan isteri atau suami yang anda cintai. Mengapa harus bersedih??

Jangan Bersedih, sekiranya anda hidup miskin,kerana masih terdapat orang di sekeliling anda yang hidup dililit hutang. Jangan bersedih kerana tidak mempunyai kenderaan kerana masih ramai orang yg di sekeliling anda kakinya kudung. Jangan bersedih kerana sesuatu penyakit kerana masih ramai orang selain anda yang telah bertahun-tahun terbaring di katil. Jangan bersedih kerana anda kehilangan anak kerana masih ada lagi orang lain yg telah kehilangan beberapa orang anaknya dalam suatu kecelakaan sekaligus.

Jangan Bersedih; kerana anda seorang muslim yg beriman kpd Allah, para RasulNya, hari kiamat dan qadak serta qadar yg baik dan yg buruk...kerana masih ramai orang kafir yang mengingkari Allah, mendustakan rasul-rasulNya, menyimpang dari agamaNya dan mengingkari hari kiamat serta tidak mempercayai qadak dan qadar.

Jangan Bersedih; sekiranya anda telah berbuat dosa, segeralah bertaubat. Sekiranya anda telah melakukan kejahatan, mintalah keampunanNya. Sesungguhnya rahmat Allah amatlah luas dan banyak.

Jangan Bersedih; kerana anda sendirilah yg menggerakkan saraf anda, mengubah keadaan anda, meletihkan hati anda, mengganggu tidur anda dan membangunkan malam-malam anda.

Seorang penyair berkata:
Terkadang bencana
membuat sesak dada seorang pemuda
sedang hanya Allah yang memiliki jalan keluar
Setiap peristiwa terasa berperanan
dalam menyesakkan dadanya
sehingga dia mengira tidak ada jalan keluar
dari bencana itu..

No comments:

Post a Comment